Mohd Minul Faizi
Dewan Rakyat semalam sah meluluskan satu rang undang-undang RUU Kredit Pengguna 2025 yang akan ubah cara rakyat Malaysia pinjam duit dan beli barang secara ansuran.
Balik semula ke zaman nak meminjam perlu layak.
Sekarang ni budak sekolah pun boleh pinjam. Giler apa..
Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) bertahun dirangka oleh Bank Negara Malaysia akhirnya lulus pada 21 Julai 2025.
Kalau korang pengguna Shopee PayLater, Atome, JCL Credit, Chailease dan seangkatan, anda patut tahu apa yang bakal berubah.
📌 Apa Sebenarnya RUU Kredit Pengguna Ni?
RUUKP ni undang-undang pertama di Malaysia yang secara rasmi:
✅ Kawal selia semua bentuk pinjaman pengguna termasuk Buy Now Pay Later (BNPL), kredit komuniti dan pelan ansuran.
✅ Wajibkan semua pemberi kredit (termasuk Shopee Pay Later & Atome) untuk patuh kepada standard baru.
✅ Lindungi pengguna daripada caj tersembunyi, interest tak munasabah, dan ugutan pemungut hutang.
✅ Tubuhkan Lembaga Kredit Pengguna Malaysia – satu badan khas untuk pantau semua pemain industri.
Apa Yang Buat RUU Ni Gempak?
1. Standard Baru Untuk Semua Kredit
Lepas ni semua syarikat BNPL & kredit pengguna wajib :
Tunjuk maklumat pinjaman dengan jelas & telus,
Nilai dulu kelayakan peminjam sebelum luluskan pinjaman. Tak boleh suka2 lulus,
Dilarang guna taktik ugut atau gangguan semasa kutip hutang
2. Akhirnya BNPL Ada Undang-Undang Sendiri
Selama ni BNPL macam Shopee PayLater, Atome, SPayLater semua tidak dikawal selia dengan jelas.
Lepas RUUKP lulus → semua terpaksa daftar & patuh pada peraturan rasmi.
3. Tak Boleh Lagi ‘Main Sedut’ je duit gaji rakyat marhaen.
Ramai antara kita terjebak dengan hutang sebab ansuran kecil tapi banyak ni la, terutama sekali student & org muda. Yg selok dengan gaya hidup konon nya.
Jadi RUU ni akan pastikan ada limit kelayakan & keupayaan membayar dulu supaya tak jadi lubuk hutang. Tak layak tak payah berangan nak berhutang.
Apa manfaat dia yg kita boleh dapat?
1. Zaman pinjam duit tak tentu hala dah tamat. Kirang tak boleh dah suka2 tekan buy, tekan purchase kalau duit takde dalam poket. Tak lain nak jaga kita jugak.
2. Kalau nak bagi pinjam, kena ikut undang2.
3. Nak beli barang secara ansuran? Kena lebih berwaspada sebab tak semua platform akan terus survive lepas RUU ni dikuatkuasa.
4. Peminjam ada lebih perlindungan undang-undang sekarang.
5. Malaysia mula serius lindungi pengguna dalam ekosistem kewangan alternatif.
RUU Kredit Pengguna ni adalah amaran rasmi untuk semua pemain kredit yang suka ambil kesempatan.
Dewan Rakyat done, lepas ni masuk Dewan Negara, hujung tahun insyaallah diwartakan, sistem pinjaman pengguna di Malaysia akan berubah untuk selama-lamanya.
So ya...
Bye-bye Shopee Pay Later, bye-bye Atome. Sumpah menda ni untuk kebaikan semua termasuk peminjam.
Ada tak setuju silakan bahas.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.