9 MP PKR gesa RCI isu kehakiman, bimbang skandal 'VK Lingam' berulang Alyaa Alhadjri


 Sekumpulan ahli parlimen PKR diketuai bekas timbalan presiden parti itu Rafizi Ramli bimbang skandal pelantikan kehakiman terbaru akan menyerupai skandal VK Lingam.

Justeru, mereka menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk menyiasat dakwaan berikut:

  • bahawa bagi pelantikan hakim-hakim baru (sama ada bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan), pencalonan yang telah dihantar oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan tidak diambil tindakan pada kadar yang sewajarnya, yang menyebabkan kekosongan menjadi mendesak;

  • bahawa pencalonan bagi kekosongan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah pun diputuskan oleh JAC sebelum persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini, tetapi pelantikan tidak dibuat sehinggalah menyebabkan kekosongan yang ada sekarang;

  • bahawa mesyuarat JAC telah dipanggil pada hari Jumaat lepas tanpa mematuhi keperluan notis 10 hari, dengan tujuan untuk membuat pencalonan semula bagi jawatan-jawatan yang kosong;

    • bahawa pada satu mesyuarat JAC yang lepas, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan satu kes dan pertukaran hakim.

    Perkara keempat adalah berdasarkan laporan polis yang difailkan oleh pembantu hakim berhubung pertanyaan Malaysiakini mengenai dakwaan campur tangan kehakiman.

    Tengku Maimun telah bersara sebagai ketua hakim negara pada 2 Julai, selepas dia tidak diberikan lanjutan enam bulan.

Hakim Besar Malaya Hasnah Hashim - yang sedang menjalani pelanjutan enam bulan selepas bersara sehingga November - adalah pemangku ketua hakim negara.

Jumaat lalu, FMT memetik sumber, melaporkan bahawa Hasnah telah memanggil mesyuarat tergempar JAC.

[Laporan lanjut menyusul]





malaysiakinin


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.