TULISAN TIBA TIBA HILANG


 Akhmal Nasir


Pada hari Isnin 9 Jun yang lalu, semua hantaran Facebook saya bermula dari penghujung tahun 2022 telah hilang secara tiba-tiba.


Perkara ini mula dikesan apabila semua hantaran berkaitan Kempen Pemilihan KEADILAN 2025 didapati telah lenyap beberapa jam lebih awal, diikuti dengan hantaran-hantaran lain yang hilang sepenuhnya menjelang lewat petang hari yang sama.


Kami telah menghubungi pihak Meta, dan mereka telah mengesahkan bahawa insiden ini berpunca daripada unsur sabotaj oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Insya-Allah, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan semula semua hantaran yang telah hilang.


Saya juga telah mengarahkan pasukan peguam saya untuk mempertimbangan supaya proses undang-undang dimulakan termasuk tindakan saman terhadap mana-mana pihak atau individu yang terlibat sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.