MSO
Jelang Raya Korban
PKR DALAM AMBANG KRISIS?
Permohonan bekas seorang ahli parlimen PKR Mohd Imran Abd Hamid agar Jabatan Pendafatran Pertubuhan (ROS) membatalkan semua permilihan PKR disemua peringkat membuka robek yang memarahkan dalam parti berlambangkan mata itu.
Bekas Ahli Parimen Lumut itu, meminta pemilihan diadakan semula dan kembali ke cara lama, satu undi untuk satu anggota.
Beliau membuat laporan tentang penyelewengan dalam pemilihan diperingkat Cabang seakan sudah diuatur demikian rupa menyebabkan wujud fenomena ada badan tak ada kepala. Bersamanya terdapat 190 aduan dari Cabang membuat aduan kepada ROS.
Langkah Imran itu adalah menuntut keadilan dalam parti Keadilan itu, namun dari sudut lain ia boleh menyebabkan berlaku krisis dalam parti berkenaan yang boleh memporak perandakan parti itu.
Sesiapa pun berhak menuntut keadilan dan memastikan apa-apa proses dan prosuder pemilihan berjalan dengan telus.
Bagaimana pun, ada tidak baiknya dengan tindakan itu, sekiranya ia diterima atau dilayan ia akan menjadi precedent (dahuluan), dimana semua proses pemilihan lepas boleh dibatalkan apabila dibantah.
Keputusan yang dibuat oleh pihak MPP dan perlembagaan parti berkaitan dengan sistem pemilihan itu sepatutnya tidak perlu dipertikaikan, sebab ia sudah dibuat dalam mesyuarat dan muktamad. Sesuatu yang sudah di sel sepatutnya tidak dibuka lagi.
Sedikit pelik dan aneh, kalau Imran dan pihak 190 yang melaporkan itu tidak berpuas hati dengan prosuder pemilihan, mereka sepatutnya tidak mengambil bahagian dalam pemilihan dalam kongres 23 Mei lalu. Mereka harus boikot pemilihan itu. Anehnya mereka ikut sama bertanding, dan yang menang tidak pula membantah proses dan prosuder pemilihan tersebut.
Kalau pun proses itu hendak dipinda semula, (sel dibuka), bukan dengan minta batalkan proses yang sudah selesai dan mutkamad itu, tetapi cadang dan bawalah ke dalam kongres parti untuk dilakukan perubahan di masa akan datang. Cara ini baru bijaksana.
Sekiranya cadangan Imran itu diterima, ia tidak akan ada kesudahan dan penyelesaian, sebab mana-mana pihak yang kalah dan menganggap kekalahan kerana manipulasi akan membuat cadangan serupa dimasa akan datang. Rasa tidak puas hati dari kalangan yang kalah tidak akan ada penyelesaian, itu lumrah dan fiil manusia.
ROS boleh menyiasat terhadap laporan dibuat, dan sekiranya apa-apa keputusan diputuskan nanti hendaklah diterima dengan rasa keterbukaan.
Langkah Imran dan 190 pihak yang membuat laporan itu tidak menerima konsep dan prinsip demokratik, dan bersifat prajudis apabila mereka berada dipihak yang kalah. Walhal yang kalah adalah minoriti kandati yang menang yang menerima proses itu sebagai baik.
Seandainya persepsi Imran itu benar, seharusnya individu dalam team yang kalah, tetapi menang, patut ikut sama memprotes pemilihan itu, sebaliknya ia tidak berlaku. Ertinya bukan semua anggota dalam team yang kalah itu mempertikaikan proses pemilihan parti tersebut pada 23 Mei lepas.
Laksamana Pertama (B) Imran dan lain-lain sebelum mengambil keputusan membela diri seharusnya meletakkan kepentingan dan kehormonian parti dihadapan bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. Dan dalam keadaan presiden kamu yang juga perdana menteri diserang dari belakang dan hadapan kamu tidak menyerabutkan fikirannya dengan isu-isu peribadi yang remeh. Trims.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.