Norshidah Md Daud
Ni antara komen mengenai YB Rafizi Ramli di tulisan saudara mantan SUSK, Mohd Rashidi Ruslan .
3 petang dah.,
Aku tambah empat lagi:
1. Dalam poster acara kementerian atau slide presentation, YB Rafizi tak bagi letak gambar dia. Beberapa kali yang awal tu ada gambar sebab warga penjawat awam dah terbiasa, tapi tak lama lepas tu, dia bagi arahan, tak perlu letak gambar.
2. YB Rafizi tak gemar kalau staf semua berdiri bila dia melangkah masuk ke majlis untuk apa-apa acara. Dia akan minta semua duduk, tak payah berdiri sambut.
3. Selepas dapat gelaran Dato Seri, dalam mesyuarat post cab, dia terus bagitau, tak perlu panggil dengan gelaran Dato Seri. Cukup sekadar YB.
4. Dia kalau pergi mana-mana, tak ada kereta polis pengiring. Cukup dengan seorang pengawal peribadi dan pemandu.
Owh ya. Kiosk ayam penyet tu kami panggil "bawah pokok". Tak makan fancy-fancy pun. Situ pun sudah cukup menyelerakan.
Sekadar perkongsian peribadi. ☺️

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.