RAFIZI UCAP SELAMAT TINGGAL

 

Mengenali sosok Rafizi ni, once dia buat keputusan, dia tak akan undur. Sebab dia buat keputusan berdasarkan prinsip, bukan ikut hati. Yang kata merajuk bagai tu, orang tu bengong politik. 


Even NN pun, dia dah jumpa staff kementerian buat kali terakhir dah pun. Pujuk-pujuk dia mereka tak layan. Kalau pemilihan parti suci bersih, tak apalah juga. Ni memang dirancang untuk buang mereka.


RAFIZI TINGGALKAN KEMENTERIAN


Saya masuk ke pejabat buat kali terakhir semalam dan hari ini (Jumaat) untuk urusan-urusan terakhir, termasuk mengemas pejabat.



Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beberapa orang yang banyak membantu saya mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.


Mereka adalah pegawai-pegawai dasar dalam pasukan saya yang saya pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing sebelum ini dan berkhidmat di pejabat saya.


Dari cili kepada semikonduktor, kepada ekosistem syarikat pemula, JSSEZ, NETR, kepada gaji progresif sehinggalah RMK13, mereka banyak menterjemah idea-idea saya sehingga mula boleh dilaksanakan.


Kini mereka akan kembali ke bidang masing-masing.


Terima kasih dari saya kepada:


Dr. Azraai Bahari Nasruddin – doktor pakar endokrinologi lulusan University of Cambridge, dengan lulusan tambahan dalam Informatics dari UCL. Ijazah Kelas Pertama. Berkhidmat lama di UK sebelum kembali ke Malaysia tahun 2014.


Benjamin Quek – lulusan perbankan dan kewangan dari Monash University dan MSc dalam Applied and Computational Mathematics, John Hopkins University. Sebelum ini seorang pengurus dana.


James Chai – pelajar terbaik undang-undang dari University of London dan sarjana undang-undang dari University of Oxford. Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini kerjaya undang-undang dan dalam bidang tech. Juga seorang penulis buku.


Ismat Qayyum – lulusan PPE (Politics, Philosophy and Economy) dari London School of Economics (LSE). Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini di sektor perbankan.


Haqimi Zamri – lulusan Politik and Hubungan Antarabangsa dari University of Nottingham. Sebelum ini mengusahakan perusahaan sosial pada usia yang muda.


Saya banyak belajar dari mereka, mungkin lebih dari mereka belajar dari saya.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.