Idrus Ibrahim
Saya menyokong kenyataan media oleh SU Agung KEADILAN, YB Dr Fuziah Salleh supaya menggantung permit Sinar Harian kerana melanggar kod etika wartawan Malaysia.
Kewartawanan adalah tugas mulia dan mereka merupakan wira-wira yang tidak didendang yang berjuang dalam kehidupan yang sangat mencabar untuk melakukan tugas mendapatkan berita untuk dihebahkan. Salah fakta adalah 'dosa' besar kerana bukan sahaja mengundang fitnah tapi persepsi yang sangat negatif kepada umum.
Beliau terkilan dengan pihak Sinar Harian yang telah memaparkan profil yang salah terkait Ketua Polis Negara yang baru dilantik iaitu Dato' Seri Mohd Khalid Ismail di bawah kapsyen 'Anugerah' telah dinyatakan pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat dan juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah. Hakikat dan fakta sebenar adalah beliau tidak pernah pun menjadi anggota parti KEADILAN maka mana mungkin beliau boleh menjawat jawatan tersebut.
Ini adalah kesalahan fakta yang sangat besar. Sinar Harian seseolah tidak melakukan tabayyun iaitu perkara asas iaitu proses semakan atau meneliti dahulu kebenarannya fakta tersebut bagi mengelakkan prasangka berlaku fitnah. Ini telah memberi peluang kepada pihak yang mahu menangguk di air keruh untuk mempersendakan kerajaaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan RALAT oleh Sinar Harian tidak mampu menghapus kesalahan ini dan sewajarnya permit mereka digantung sebagai pengajaran dan pendidikan buat semua kewartawanan.
#KitaKEADILAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.