Saya telah berkesempatan menghadiri Istiadat Penganugerahan Keahlian Inaugural Royal College of Physicians (MRCP) serta penyampaian sijil Program Latihan Parallel Pathway anjuran College of Physicians Malaysia.
Majlis ini diadakan bagi menghargai kejayaan para graduan dalam bidang Perubatan Dalaman menerusi Program Parallel Pathway yang merupakan inisiatif penting yang digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memperkasa latihan pakar perubatan.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur Lah diatas perkenan mencemar duli untuk menyampaikan anugerah kepada para graduan.
Tahniah diucapkan buat para graduan dan penerima anugerah. Semoga kejayaan ini dapat memastikan rakyat Malaysia terus menerima rawatan yang berkualiti tinggi daripada tenaga pakar yang terlatih dan bertauliah.
Saya ingin merakamkan penghargaan juga buat College of Physicians Malaysia atas penganugerahan Eminent Educator Award yang telah diberikan.
Turut hadir bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.