By Amirulmukminin
https://www.facebook.com/share/p/16shjMFUJV/
Semua pekerja kontrak tertakluk pada perjanjian yang dipersetujui kedua belah pihak. Pekerja & Majikan.
Saya pun pekerja kontrak, jadi bila masa sahaja saya boleh dihentikan atau tidak disambung. Alasan itu tak penting. Yang penting penamatan selari dengan hak pekerja, persetujuan kontrak, serta undang-undang negara.
Kasihan memang kasihan, anak bini nak makan apa? Samalah dengan saya pun kalau kontrak habis/ditamatkan maka kena tenang dan hadapi dengan rasional.
Yang puak lebai ni pun nak kupas juga isu 5000 pekerja Petronas dihentikan, hujung pangkal tak tahu apa, asal boleh hentam PMX.
Wartawan pula samaada tak tahu atau tak buat homework atau sengaja nak jolok soalan buat naratif tak cantik.
Wartawan tak patut tanya PMX sepatutnya mereka tanya CEO Petronas, paling tak BOD syarikat itu. PM tidak menjalankan operasi GLC, dia hanya dimaklumkan keputusan sahaja.
Tentulah beliau ‘malas’ nak jawap soalan tak bernas begitu. Selalunya Anwar akan jawab soalan dengan baik, ini track record beliau. Tak macam beberapa pemimpin politik yang suka herdik wartawan.
Pengurangan 5000 pekerja Petronas ialah perkara biasa. Petronas juga umumkan tidak akan ambil pekerja sehingga Disember 2026. Alasannya downsizing.
Syarikat gergasi British, Shell sendiri pernah downsizing sampai 20% pada Ogos 2024. Mereka kecilkan department cari gali dan pembangunan Hydrocarbon. Yang paling parah pekerja mereka di pejabat di USA dan Netherlands.
Selalunya Downsizing ada pelbagai sebab: pengurusan kewangan tak betul, syarikat tak untung, department sudah tak releven, perkembangan teknologi megantikan tenaga manusia dsb.
Sebab downsizing Petronas pula ialah:
1- Untung sudah tidak besar.
2- Harga minyak antarabangsa yang makin jatuh.
3- Kawasan cari gali minyak yang makin mengecil.
Kalau dibiarkan & tidak downsizing (termasuk hentikan 5000 pekerja itu) Petronas tak akan capai keuntungan yang mereka sasarkan, sebab kos operasi besar. Jadi mahu tak mahu untuk capai keuntungan yang besar, syarikat mesti dikecilkan. Petronas ambil keputusan 10%.
Pendapatan bersih Petronas merosot sebanyak 32% pada tahun 2024, selepas penurunan 21% pada tahun 2023. Jadi mahu tak mahu kena lah rasionalisasikan semula keuntungan. Biar untung kekal.
Tentu ini bukan keputusan kerajaan, ataupun PM. Ini keputusan bersama syarikat Petronas yang diluluskan oleh lembaga pengarah mereka. Musyawarah, collective responsibility untuk kekalkan keuntungan Petronas.
Petronas pula merupakan antara working horse paling besar kerajaan, banyak fund dari duit mereka termasuk infrastruktur, pendidikan, program kebajikan dsb.
Tapi paling utama Petronas adalah syarikat yang utama dalam sektor tenaga negara: Petrochemical, Gas, Minyak, tenaga hijau spt —hydrogen, solar dsb.
Kawasan cari gali pun makin sikit. Tambah ada pesaing Petros Sarawak. Petros pula dok ‘hire’ ramai orang sekarang. Tak mustahil kalau sebahagian 5000 itu akan diambil kerja dengan Petros memandangkan mereka ada pengalaman, kuranglah kos latihan Petros nanti. Petronas kena sedar dia bukan lagi pengorek minyak tunggal negara ini.
Satu lagi buat masa ini penanda aras minyak global kini didagangkan hampir $65/ berol turun kira-kira 13% tahun ini. Makanya harga minyak global turun.
OPEC+ pula telah buat persetujuan untuk menaikkan pengeluaran minyak buatkan supply tinggi dan harga jatuh. Sebelum ini harga mencanak sebab serangan Amerika keatas Houti, route jadi tak selamat. Tambah pula perang dagang Amerika baru-baru ini membuatkan harga global dan perdagangan antarabangsa tak stabil.
Trump pula mengenakan tarif 25% ke atas negara yang mengimport minyak Venezuela, berkuat kuasa lalu ini. Sebelum itu beliau juga mengancam untuk mengenakan tarif 25% hingga 50% ke atas pembeli minyak Rusia dan memberi amaran tentang "pengeboman" dan pelaksanaan "tarif sekunder" ke atas Iran. "Tarif kedua" ini mewakili bentuk sekatan baharu melalui levi import, dengan China dan India—pembeli utama minyak dari negara-negara ini—kemungkinan akan terjejas dengan ketara.
OPEC dianggotai oleh negara pengeluar minyak dunia. Plus pula merujuk pada anggota bukan ahli termasuk Rusia.
Jadi begitulah ketidak tentuan harga minyak dunia.
Petronas mahu mengekalkan bahagian pasarannya sebagai salah satu daripada lima pembekal gas asli cecair terbaik dunia, kerana ia menjangka permintaan LNG mencecah 600 juta tan dalam dekad akan datang. Untuk mencapai itu, Petronas sedang mencari peluang di luar negara kerana peluangnya di dalam negera semakin mengecut.
Maklumat semua hujung jari, cuma bacalah akhbar yang berorentasikan market macam Financial Times, The Edge, Bloomberg, Oilprice.com , Rigzone ke apa ke seumpamanya.
Ini tidak, masalah minyak global kau fokus PMX tak pandang camera. Konon mengaji ekonomi pun tak faham? Belajar ekonomi jangan berotak bebal…
Aduhh, Lebai…lebai…
Amirulmukminin
Raya Haji balik Pantai Timur
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.