Dr Mahathir belum puas selagi Anwar tak jatuh... dia pula main isu Pengampunan DSAI pada ketika beliau jadi PM 7 dulu KYDMM Tuanku Agong telah memberi pengampunan penuh kepada DSAI, semua orang ingat Tun Dr Mahathir yang minta, rupanya BUKAN DIA. IKUTI PENJELASAN Tan Sri Apendi Ali bekas Peguam Negara.
Pengampunan DS Anwar: Maklumbalas Terhadap Tun Dr. Mahathir
Apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed mengenai pengampunan DS Anwar Ibrahim sebagai tidak sah merupakan sesuatu yang khilaf, iaitu tidak benar sama sekali.
Walaupun pada masa itu, saya diarahkan bercuti (garden leave), saya telah pun mengemukakan pandangan saya selaku Peguam Negara kepada Lembaga Pengampunan berhubung dengan pengampunan tersebut.
Saya juga telah menurunkan kuasa (delegate) kepada Peguam Cara 2, untuk mewakili saya, iaitu Datin Paduka Zawyah Bee Loth Khan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan tersebut.
Zawyah merupakan wakil sah saya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu, dari segi undang-undang, pengampunan Anwar adalah sah!
Semua dokumen dan butiran mesyuarat pengampunan ini ada di Jabatan Peguam Negara (AGC).
Saya pohon jasa baik kepada mana-mana pihak agar perkara ini disampaikan kepada YAB Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim.
Saya mahu beliau mengetahui kebenaran isu ini.
Kebenaran bahawa beliau telah melalui suatu proses pengampunan yang sah.
YAB Perdana Menteri boleh mengemukakan saman sivil terhadap Mahathir atas kenyataannya yang tidak benar itu.
Salam hormat dari saya,
TS Mohamed Apandi Ali
Mantan Peguam Negara.
Isnin 2 Jun 2025 @ 1.00pm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.