HarapandailyMay 20, 2025
Oleh NORMAN RADZUAN
Saya sangat bangga melihat siri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
bertemu dengan pemimpin-pemimpin dunia.
Lihat video di bawah bagaimana pujian-pujian
diberikan kepadanya. Lihat juga bagaimana beliau berbicara di pentas dunia.
Bukan saya, kita rakyat Malaysia patut berbangga dengan beliau.
Pidato hebat tanpa PDF bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar
negara. PMX selamba membicarakan isu-isu sejagat.
Anwar Ibrahim semasa lawatan kerja di
Kazan baru-baru ini.
Saya tidak dapat bayangkan PM kita masih lagi Mahiaddin Yassin apatah
lagi Ismail Sabri.
Sejak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 2022,
tidak henti-henti kita dengar suara-suara yang memperlekeh kepimpinan beliau.
Tohmah mereka, PMX jadi Perdana Menteri tidak bawa apa-apa kebaikan
kepada negara.
Namun, agak menghairankan apabila dikatakan PMX tidak membawa sebarang
manfaat, sedangkan begitu ramai pemimpin dunia berusaha mengadakan pertemuan
dengannya.

Setiap kali Perdana Menteri kita hadir di forum antarabangsa, bukan
sahaja disambut dengan penuh penghormatan, malah beliau diberi ruang untuk
bersuara mewakili Malaysia serta negara-negara membangun.
PMX memimpin bukan dengan cara lama, tetapi dengan kelas tersendiri yang
dihormati oleh dunia.
Tidak semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini mampu menembusi
jaringan diplomasi antarabangsa dalam tempoh singkat seperti yang dilakukan
PMX.
Pendek kata, PMX bukan hanya diterima baik, tapi disambut dengan tangan
terbuka oleh ramai pemimpin dunia.
Dalam setiap lawatan, imej Malaysia menonjol. Dari Tokyo ke Jakarta,
dari Abu Dhabi ke Paris, dunia menyambut Malaysia.
Jadi, sekiranya masih ada yang berkata “PMX tak bawa apa-apa”, mungkin
sebenarnya mereka yang memilih untuk tidak melihat.
Hakikatnya, Anwar Ibrahim bukan saja memimpin negara, tetapi mengangkat
maruah dan suara Malaysia ke tempat yang sepatutnya iaitu dihormati, didengari
dan dipercayai.
.jpg)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.