SELAIN RAFIZI & SAIFUDDIN ADA CALON LAIN UNTUK MEREBUT JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN?



Perebutan jawatan Timbalan Presiden Keadilan terus menjadi tanda tanya selagi tempoh pendafataran calon belum tamat. Tarikh mendafar untuk merebut jawatan MPP ditetapkan 8 dan 9 Mei, 2025, tinggal dua hari sahaja lagi. 


Sebelum sampai ke penghujung, tanda tanya tetap bergerawangan dalam kepala umum, khas dari kalangan ahli Keadilan. 


Apakah penyandang Rafizi akan mempertahankan jawatan itu, atau pun Saifuddin Nasution lawannya sebelum ini akan bersedia untuk menghadapi Rafizi sekali lagi?


Memandangkan timbul sedikit kekemelutan menjelang proses pemilihan ini menyebabkan ada berpendapat Rafizi tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

Ia boleh jadi benar sekiranya Rafizi benar-benar merajuk.


Katanya ada semacam persepakatan dari kalangan kumpulan Ayuh Malaysia untuk tidak mengekalkan jawatan masing-masing?  Tetapi kemungkinan ini kecil saja apabila Rafizi dilaporkan hadir ke mesyuarat MPP semalam. Dah habis merajuk ke?


Satu lagi kemungkinan juga boleh berlaku, Saifuddin tidak meneruskan hasrat untuk mencabar Rafizi kerana sebab-sebab lebih signifikan. 


Sementara satu kemungkinan lagi, sekiranya benar berlaku pertembungan emosi dan pengaruh di antara Rafizi dan Saifuddin menyebabkan akan ada calon ketiga sebagai pendamai senario itu.  


Calon ketiga ini penting bagi menyelesaikan masalah. Sewajarnya calon ketiga ditampilkan di antara kedua perebutan itu. 


Siapakah calon ketiga yang boleh menjadi penyelesaian kemelut kecil dalam kepimpinan Keadilan kini? Oknum itu tentulah bersifat sedarhana, punya diplomasi politik yang tinggi dan diperacayai oleh presiden dan didukung oleh kedua-dua pihak. Kita tunggu beberapa jam lagi. Trims.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.