Mat Jenin
Mengapa ramai ahli politik senior baik yang dalam kerajaan, pembangkang mahupun yang pencen berpihak atau nyatakan sokongan kepada Nurul Izzah? Boleh kita rungkaikan antara sebabnya....
1. Rafizi Ramli telah mencipta sejarah dalam politik tanah air sbg YB yang pertama isi Borang Isytiharan Harta dan minta semua Ahli Parlimen untuk ambil tindakan yang sama. Tindakan beliau ketika itu membawa kegusaran kepada ahli Yang Berhormat, MP PAS hingga hari ini masih membantah.
2. Rafizi Ramli juga banyak mendedah salahlaku ahli politik yang terpalit rasuah bahkan pernah masik lock up ketika mendedah scandal NFC yang melibatkan Ketua Wanita UMNO dan suami. Tak heran jika ada pemimpin UMNO masih kurang selesa dengan RR. Maka tidak keterlaluan jika RR diberi gelaran Bapa Pembasmi Rasuah.
3. Kemenangan untuk Nurul Izzah akan jadikan PKR sasaran mudah untuk dihentam tak kira parti gabungan Madani, pembangkang atau dalam PKR sendiri. Isu NEPOTISME akan jadi bahan serangan pihak lawan. Seterusnya, akan menjadi cabaran berat baik untuk PKR mahupun PMX. Kemungkinan kekalahan dan perletakan jawatan RR akan merubah iklim politik tanah air
Sekian.
Mat Jenin dengan angan-angannya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.