HarapandailyMay 11, 2025
Seorang lelaki disahkan positif dadah ditahan
kerana dipercayai memecahkan cermin kenderaan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri
Gading, Aminolhuda Hassan.
Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat
Abdullah Sani, berkata kejadian kira-kira 11 pagi semalam itu berlaku di depan
pusat khidmat berkenaan di Parit Yaani.
“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal
sebelum memecahkan cermin kenderaan yang digunakan kakitangan pusat khidmat
berkenaan.
“Suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan
kira-kira 3 petang pada hari sama di sebuah rumah di Tongkang Pechah.
“Turut dirampas kenderaan, pakaian dan peralatan
dipercayai digunakan semasa kejadian,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari
ini.
Beliau berkata, hasil saringan air kencing
mendapati suspek positif methamphetamine dan kini direman empat hari hingga 14
Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta
Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.