SITI NUR ZAWANIMay 3, 2025
Laporan sebuah portal media yang mendakwa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
ingin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR menjadi tanda tanya
ramai.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi ketika ini telah memohon cuti selama
beberapa hari.
Keputusan beliau bercuti sebaik selepas tamat pemilihan parti membuatkan
ramai percaya bahawa permohonannya bercuti berkait dengan pemilihan PKR
baru-baru ini.
Namun di sebalik spekulasi yang sedang diperkatakan, hantaran Facebook
Rafizi Ramli yang sepertinya sudah kembali bekerja mencuri perhatian ramai.
Beliau mengulas isu semasa berkaitan dengan kempen Pas-PN yang
menyalahkan Kerajaan Persekutuan kononnya menganaktirikan negeri-negeri di
bawah pentadbiran pembangkang.
Video terbaru beliau dengan cepat mendapat ribuan komen dan reaksi yang
antaranya membangkitkan soal kesahihan hasrat peletakan jawatannya dan isu
cuti.
Sebelum ini Perdana Menteri berkata permohonan cuti Rafizi adalah
perkara biasa bagi seorang pekerja dan beliau juga sedang mencari masa yang
sesuai untuk bercuti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.