WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

‘Qassem Basir akan digunakan sekiranya Iran diserang’


‘Qassem Basir akan digunakan sekiranya Iran diserang’

K PRAGALATHMay 5, 2025

Iran telah mengisytiharkan bahawa ia telah menghasilkan peluru berpandu yang dinamakan Qassem Basir.

Qassem Basir ialah peluru berpandu menggunakan bahan api pepejal. Ini telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan Iran Jeneral Aziz Nasirzadeh.

Menurut beliau peluru berpandu tersebut telah mempunyai ciri tambah baik dalam membimbing dan mengawal peluru untuk mengatasi sistem pertahanan anti balistik.

Peluru berpandu tersebut telah diuji pada 17 April.

Menurut laporan media Iran, Qassem Basir mempunyai capaian 1,200 kilometer, boleh mengenal pasti dan menyerang sasaran tanpa GPS dengan tepat.

“Kami tidak bersangka jahat terhadap negara jiran dan mahukan hubungan baik tetapi sekiranya diserang, pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat adalah sasaran yang wajar,” kata Nasirzadeh.

 

Beliau juga menolak andaian Amerika Syarikat bahawa Iran merupakan dalang di sebalik serangan peluru berpandu kumpulan Houthi di Yemen ke atas Israel.

 


 

K PRAGALATHMay 5, 25



AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, May 06, 2025
Share

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.