Malaysia Yakin Hubungan Dua Hala Dengan Singapura Terus Berkembang Kukuh – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong di Kuala Lumpur pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala dengan Singapura di bawah kepimpinan Perdana Menteri Lawrence Wong akan terus berkembang lebih kukuh terutama ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini.

Anwar berkata perkara tersebut disuarakan beliau dalam perbualan telefonnya dengan pemimpin Singapura itu hari ini selain turut mengucapkan tahniah kepada Wong dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) atas kemenangan besar mereka pada Pilihan Raya Umum republik berkenaan yang baru berlangsung.

“Mandat kukuh yang diterima PAP yang memenangi 87 daripada 97 kerusi mencerminkan keyakinan dan kepercayaan tinggi rakyat Singapura terhadap kepimpinan Wong,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri berkata Malaysia menantikan untuk bekerjasama rapat dengan Wong dan pentadbiran beliau dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin berteraskan sejarah selain kerjasama ekonomi yang erat dan utuh serta hubungan sesama rakyat yang berjiran.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.