Hamdan Taha
Ceramah Ezam Mohd Nor di Terengganu tiba tiba lebih dari 300 ribu orang tengok di media sosial sedangkan ceramah Ezam ni dari tahun 2008 lagi dah cerita siapa Anwar ni tak dapat sambutan seperti hari ni.... Selama ini apa saja yang dia cakap dia akan di serang dan ahli pkr dan penyokong bijak pandai melayu ni tak percaya dan anggap Ezam cerita di reka dan bukan bercakap benar
Tapi pelik ceramah beliau beberapa hari lepas meletop dan orang hantar sampai ke saya pun ada dua kali orang hantar.... Ada tanda tanda selepas kongres di johor dan selepas RR di buang ahli PKR dan penyokong atas pagar PKR mula ingin membuka ruang fikiran mereka sedikit dan nak ambil tahu sedikit anwar ni dah kenapa dan siapa sebenarnya....
Kalau RR yang buat ceramah dan menyerang anwar saya tak tau apa akan jadi pada dia... Tapi bagi saya Anwar dah cukup seronok dah sebab dapat juga jadi PM malaysia dalam keadaan Tun Dr M masih hidup... Dia punya nak jadi PM ni sangat tinggi motivasi pada diri beliau... Dan sekarang dia dah jadi PM lebih lama dari Muhidden Yasin dan Ismail Sabri.... Itu satu pencapaian peribadi yang baik dan luarbiasa.... Dan lebih lama dari Tun Dr M jadi PM kali ke 2....rekod tu PMX dah berjaya pegang...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.