SITI NUR ZAWANIMay 18, 2025
Seorang juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu
daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Tengku Ampuan Pahang.
Juri yang mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam perjurian
pertandingan masakan terkesima saat melihat Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah naik ke pentas saat nama pemenang pertama diumumkan.
Lebih menarik, Tengku Ampuan Pahang rupa-rupanya menggunakan nama
samaran ‘Aminah Mahmood’ ketika menyertai pertandingan itu.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka
Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari
rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan
kreativiti.
“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana
sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna.
“Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah
ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap
dengan semua bahan,” kata Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat.
Perkongsian ini dimuat naik di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.