JIKA DAP...,..


 Hamdan Taha.


Apa keputusan Bersatu tiba tiba Dap kata kami boleh bersama PN dan sokong Muhidden jadi PM


Anda fikir bersatu akan tolak atau bagaimana... Selama ni No Dap No Dap kerana Dap dari Awal dah tolak Bersatu Muhidden dan Pas, baru dua parti tu bertindak no Dap kerana Dap memilih bersama Anwar Ibrahim... Tapi cuba bayangkan Dap berubah mereka bersetuju memilih Muhidden dan Bersatu juga Pas.... Tak kan ujud perkataan No Dap sebenarnya


Kita nampak macam ada perebutan kepada umno kerana PN fikir bila bersama Umno maka dapat lah bentuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Pahang, Perak... Perebutan yang dasyat ni menjelang Pru ke 16 ni je...


Pru ke 17 game dah lain, Hadi, muhidden, Anwar, Zahid, Tun Dr m tak tau lah ada ke tak lagi masa Pru ke 17 tu.... Yang bergaduh puluhan tahun ni selama ni ini le orangnya setakat pru 16 je.... Lepas tu saya pasti yang dah masuk Kubur pun ramai... Tinggalkan generasi baru dan pergaduhan baru... Kot ada Rafizi kot ADA la, KJ, Nurul Izah, dalam pas saya tak nampak sangat siapa, Shamsuri, Taki, Idris mungkin masih ada dan umno Asraf Wajidi, Dap pun orang baru masa tu... BERSATU pun baru barangkali Tun Faizal Timbalan Presiden dan PEJA Presiden...


Kita tunggu sehingga pru ke 16 ada kat 3 tahun lagi.... Muhiddin, Anwar hadi tu tetap masih bertanding termasuk Dato Zahid tapi umur masing 79 ke 80 lah masa tu... Hadi masa tu kot nak juga bertanding kita tak hairan, sebab bagi pendirian Hadi jelas Dakwah tak ada Had umur, terbaring pun boleh kerana Dakwah.... Dia tak ada tarikh luput... Itu sebab dia akan jadi Presiden lagi jika ada pemilihan nanti kerana Bagi Hadi menjadi Presiden Pas itu adalah Dakwah... Rasulullah tak terhenti menjadi Rasul walaupun dah nak wafat.... Itu hujah yg terpakai...


Kemelut politik InsyaAllah menjelang pru ke 17 harap harap lebih aman dan lebih sehat persaingannya



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.