Jenaka ‘Isteri Kedua’ Anwar Cetus Gelak Tawa Dalam Sidang Media Kremlin

 

Sidang media Anwar dan Putin bertukar ceria di Kremlin pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MOSCOW, 15 Mei – Sidang media diplomatik Malaysia-Russia bertukar lucu apabila Presiden Russia, Vladimir Putin berkongsi anekdot mengenai tindak balas gurauan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungannya ke Kremlin.

Ketika menunjukkan kepada Anwar Dewan St Andrew yang luas, Putin kemudian menunjukkan tiga takhta, yang dimaksudkan untuk Tsar, Tsarina serta kerusi ketiga yang tidak dilabel.

Beliau bertanya kepada Anwar untuk siapa takhta yang ketiga itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tanpa bertangguh, Anwar terus menjawab: “Untuk isteri kedua.”

Kenyataan itu mengundang gelak tawa dari dewan yang penuh dengan menteri dari Malaysia, pegawai kanan Russia serta pengamal media antarabangsa.

Putin kemudian secara berseloroh menjawab: “Itulah jawapan seorang Muslim sejati, mewakili budaya Islam.”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar kemudian menjelaskan sambil tersenyum: “Saya hanya ada seorang isteri, Presiden. Tetapi saya rasa itu helah, cubaan menguji. Saya kata takhta kanan untuk isteri, kiri untuk isteri kedua. Tetapi kemudian saya sedar ia sebenarnya untuk ibu.”

Putin sambil ketawa mengesahkan: “Ya, takhta ketiga adalah untuk ibunya. Pertukaran maklumat selalu berguna.”

Detik santai itu menutup hari yang padat dengan perbincangan dan pembabitan rasmi peringkat tertinggi, selain gambaran kemesraan antara kedua-dua pemimpin itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ia berlaku pada penghujung sidang akhbar bersama mereka, yang mengakhiri lawatan diplomatik Anwar ke Istana Kremlin.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.