Adrian Lim Chee An
Sejak bila isu jalur gemilang tanpa bulan ini isu "Melayu vs Cina"???
Saya sebagai orang Cina tertanya-tanya, apa sebabnya akhbar Oriental Daily membuat tajuk "Melayu merasakan permohonan maaf tidak memadai"?
Adakah Oriental Daily sedang menghasut orang Cina mengkesiankan SinChew, seterusnya menjadikan ini naratif "orang Cina mempertahankan SinChew vs orang Melayu membantai SinChew"?
Ini naratif yang sangat bahaya & jahat!
Isu jalur gemilang bukan isu Melayu vs Cina. Isu ini melibatkan seluruh negara tanpa mengira kaum dan bangsa.
Hatta orang Cina sendiri pun bantai SinChew sebab tak hormati jalur gemilang! Ada hos berbangsa Cina buat video kecam SinChew. Ada ribuan netizen Cina membantai SinChew! Akhbar OrientalDaily tak nampak ke buat-buat tak nampak?
Pertembungan antara kaum ini takkan terjadi sekiranya cuma satu pihak menghasut dan menjadi ekstrim. Ianya memerlukan dua puak jahat barulah ianya akan berlaku.
Dia kene ada penghasut dalam kalangan orang Cina / India dia juga kene ada penghasut dalam kalangan orang Melayu.
Ekstrim Cina / India vs ekstrim Melayu barulah ada pertembungan untuk memporak-perandakan negara.
Faham peranan media?









No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.