ELOK JANGAN BERTANDING LAGI. SEHINGGA MEMENANGI KERUSI PERMATANG PAUH

 KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH


Setulusnya, saya menghormati lagi menghargai pandangan akar umbi untuk saya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.


KEADILAN sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan, tetapi juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia.


Saya akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota.


Kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu, tetapi demi usaha membina masa depan KEADILAN secara bersama di kala suka dan duka. Insya-Allah. 


Nurul Izzah Anwar



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.