Mazlan
Belajar takat SPM je pun tapi pegang jawatan tinggi,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
Biar betul?
Betul, nama beliau Bo Lingam dan pegang jawatan itu di AirAsia Aviation Group.
Dalam buku laporan tahunan syarikat tertera nama dan kelayakan SPM beliau. Sedangkan orang lain paling kurang Master.
Bo Lingam ini sebenarnya adalah antara pekerja terawal AirAsia dan merupakan orang kanan Tony Fernandes.
Beliau bekerja di AirAsia dari hari pertama lagi.
Ada lagi yang perlantikan yang dianggap pelik di Malaysia berlaku di AirAsia.
18 juruterbang terawalnya pada asalnya terdiri dari petugas bagasi, petugas kabin, pembantu kabin atau penjaga stor.
Tapi mereka diberi peluang ambil belajar dan ambil lesen jadi juruterbang.
Setiap pekerja AirAsia memang diberi peluang majukan diri.
Sudah jadi polisi syarikat mereka boleh memohon untuk tukar ke jabatan lain selepas tempoh dua tahun bekerja.
Setiap pekerja pula sedaya upaya dilayan sama adil tanpa kira jantina, agama dan kaum.
Ia syarikat penerbangan komersil pertama yang ambil juruterbang wanita.
Jurutera wanita pertama dalam syarikat penerbangan di Malaysia pun dirintis oleh AirAsia pada tahun 2001.
Zaman itu memang pelik di negara kita jika wanita jadi juruterbang dan jurutera.
Banyak juga jawatan-jawatan utama di AirAsia dipegang oleh wanita.
Malah ia syarikat penerbangan pertama yang selarikan usia bersara pramugari sama dengan pramugara iaitu sehingga umur 55 tahun.
Menua dalam atas awan. 😆
....
* Hayati amalan bisnes billionair Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang boleh kita tiru. Dapatkan di sini 👇
https://tipbiz.ordersini.com/view/s/amalan-bisnes-syed-mokhtar-albukhary

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.