BAB INVOIS MELENYAPKAN SIKAP KERAJAAN.

Nazei Hañ


 Saya setuju langkah kerajaan untuk menilai semula pelaksanaan sistem e-Invois bagi syarikat kecil. Diharap jangan setakat nilai tapi ada tindakan. Kerana:


- Lebih 97% daripada syarikat di Malaysia adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 


- PKS tak ada kemahiran IT yang mencukupi. Masih ramai yang terpinga-pinga. Pelaksanaan e-Invois secara tergesa-gesa boleh menyebabkan kekeliruan, kesilapan pemfailan.


- Sekiranya pelaksanaan sistem ini terlalu membebankan, ia boleh memberi kesan buruk kepada aliran tunai mereka dan melambatkan pematuhan cukai, yang akhirnya menjejaskan tujuan asal e-Invois sendiri. 


- Lebih baik kerajaan menggunakan pendekatan berperingkat yang bersifat edukatif dan memberikan insentif atau bantuan digitalisasi kepada syarikat kecil.


- pengusaha kecil yang melihat sistem e-Invois sebagai satu lagi beban birokrasi. Ni boleh membunuh semangat nak berniaga kecil-kecilan.


- fokus pada sokongan menggalakkan berniaga bukan hanya penguatkuasaan pada tahap PKS ni masih tak bersedia.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.