PELABURAN DI JOHOR MENINGKAT TINGGI

 

Bagi tahun 2024, Iskandar Malaysia telah berjaya mencatatkan pelaburan komited sejumlah RM41.4 bilion (kenaikan 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada tahun 2023) dan nilai ini merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan. 









Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini.


Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion, meliputi Pelaburan Asing sebanyak RM36.1 bilion dan Pelaburan Domestik sebanyak RM5.3 bilion hatta pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia terus meningkat.


Untuk itu, saya tekankan kepentingan persediaan koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia dalam mengharungi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kian mencabar dan tidak menentu. 


#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.