K PRAGALATHApril 29, 2025
Peguam Zulqarnain Lukman bersedia berdepan dengan tindakan saman
daripada Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi, Adun Sura dari
Pas di Terengganu.
“Nampaknya Adun Sura agak emosi dengan pandangan awam.
“Jika kita menjadi ahli parlimen atau Adun sepatutnya kita perlu lebih
cool dan tidak terbawa bawa dengan komen awam.
“Namun, jika Adun Sura hendak menjual kita sedia untuk membeli.
Zulqarnain turut menambah bahawa Fakhruddin mungkin tidak memahami
maksud istilah menghasut dalam undang-undang.
“Sebelum itu, diharapkan YB memahami dahulu istilah menghasut dan
kecenderungan menghasut. Istilah ini mempunyai maksud berbeza dalam undang-undang
berkaitan akta hasutan.
“Ada puluhan kes yang dilaporkan dalam jurnal undang-undang mengenai
maksud istilah ini.
Isu ini tercetus ekoran kenyataan Fakhruddin berkenaan orang Melayu
Singapura yang memberikan gambaran bahawa Fakruddin menghasut masyarakat
mengurangkan kepercayaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
Pagi ini Tengku Fakhruddin berkata beliau mempertimbangkan untuk
mengambil tindakan undang-undang.
“Tuduhan ini bukan sahaja mencemar reputasi saya sebagai wakil rakyat,
malah cuba mencetuskan persepsi buruk yang berunsur fitnah terhadap saya secara
peribadi dan politik.
“Saya sedang mengambil langkah undang-undang terhadap Zulqarnain atas
kenyataan liar dan bersangka buruk ini.
“Jangan menggunakan title ‘pakar perlembagaan’ tersebut untuk membuat
sebarang tuduhan dan membawa persepsi jahat kepada seseorang,” katanya dalam
kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.