Najib Bakar
Fakta kecederaan Zayn Rayyan selepas bedah siasat oleh pakar forensik.
1. Kesan jerutan pada leher:
Terletak secara horizontal (melintang), enam sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri.
Berkemungkinan disebabkan objek seperti tali, lanyard, atau kain yang dipintal.
Jerutan cukup kuat hingga menyebabkan kematian dengan menyekat oksigen ke paru-paru dan otak.
2. Lebam pada otot leher dan kelenjar tiroid:
Berlaku di bawah kesan jerutan.
Menunjukkan kekuatan tekanan pada leher.
3. Kesan trauma tumpul dan trauma tajam:
Tidak menyebabkan kematian, tetapi dikategorikan sebagai penderaan fizikal.
4. Tiada luka pertahanan:
Tiada kesan mempertahankan diri seperti luka akibat menumbuk atau menendang.
5. Kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki (washer woman appearance):
Disebabkan rendaman air, bukan punca kematian.
6. Kecederaan perimortem:
Bermaksud kecederaan berlaku sejurus sebelum kematian, dengan tanda reaksi sistem pertahanan badan (disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik).
.
Punca kematian disimpulkan sebagai: 'Ligature strangulation' (jerutan menggunakan objek).
Semoga pelakunya mendapat balasan setimpal di dunia dan juga di akhirat. 😔

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.