HarapandailyApril 29, 2025
Seorang peguam menasihatkan generasi muda hari ini untuk tidak melampaui
batas dalam melontarkan kritikan sehingga dikenakan tindakan undang-undang.
Liyana Marzuki menerusi platform X berkata, sikap
berhati-hati itu perlu diamalkan supaya tidak menyesal apabila menerima surat
tuntutan atau Letter Of Demand (LOD).
“Pada saya, lelaki yang berani dan hebat, ialah lelaki yang boleh
mengawal diri dan mengawal emosi sendiri.
“Bukan acah-acah berani mati. Bila kena herdik dengan LOD, mencicit
menyusun jari.
“Anak-anak muda berhati-hati. Nak kritik dan komen silakan. Tapi kita
ini orang Timur dan orang Islam.
“Jaga kelaku dan bahasa. Jangan terikut perangai keyboard warrior dan
cytros yang ada. Depa tu untuk fitnah pun dibayar,” katanya.
Liyana Marzuki
Pengendali podcast Jangan Pajak Otak (JPO) itu berkata
demikian mengulas tohmahan seorang pengguna Facebook, Naziron
Mohamed terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),
Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Selepas menerima surat tuntutan atau saman dari Dr Zaliha, pemuda
berkenaan telah ke pejabatnya di Putrajaya untuk memohon maaf.

Mengulas lanjut, Liyana berpendapat kualiti sosio-politik semakin
merudum.
“Maka lahirlah pengundi seperti saudara ini. Berpolitik bukan cara Nabi.
“Diikutnya perangai Arab Jahiliyah. Set-set Abu Jahal, penghina
Rasullullah.
“Inilah kualiti orang muda kita. Nampak berani atau kuatkah mereka?”
bidas Liyana lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.