Kapsul Masa Tun Dr Mahathir.




Tun Mahathir yang dulu pernah kata Anwar Ibrahim “tak layak jadi PM”, akhirnya melihat dari tepi pentas sejarah ketika Anwar Ibrahim kini bukan sahaja menjadi Perdana Menteri sebaliknya meneruskan perjuangan sebenar reformasi yg Tun cuba nafikan. 


Ironinya, kapsul masa Wawasan 2020 itu dibuka saat Malaysia dipimpin oleh insan yang pernah dipenjara, difitnah dan disisihkan namun akhirnya diangkat memimpin negara. 


Ini bukan sekadar simbolik tetapi ini sindiran halus dari sejarah bahawa yg pernah dihina akan diangkat dan yang pernah berkuasa mutlak akan diuji dengan kehilangan.


Begitulah aturan kehidupan.. 


Yang merancang untuk menyingkir, akhirnya disingkir oleh sejarah.


Yang difitnah dan dipenjara, akhirnya ke Putrajaya. 


Wawasan 2020 gagal bukan kerana ia mustahil,

tetapi kerana pengkhianatan terhadap reformasi yang sepatutnya menjadi roh tunjangnya. 


Hari ini, kapsul dibuka namun roh wawasan itu hidup semula bukan pada tangan orang lama tetapi pada insan yang mereka pernah anggap musuh negara.


Inilah cataran sejarah.. 


Dan inilah keadilan Tuhan yang tak pernah tersilap langkah.


Aturan Tuhan itu tepat, bukan cepat. 

Tapi bila tiba waktunya, segalanya sempurna...


Kami takkan lupa jalanraya, lebuhraya, menara pencakar langit , pembangunan²  dan kemajuan yg dicapai pada zaman Tun. 


Tapi kami juga tak lupa ISA, kronisme,  patrimonialisme, oligarki , plutokrasi dan pemecatan tanpa sisi keadilan yg berlaku pada era 20tahun yg lalu. 


Apapun, terima kasih diatas jasa dan sumbangan Tun untuk tanah air ini.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.