Semasa kes Abang Belon begitu ramai pakar perubatan menampilkan diri, tu belum ambil kira pakar undang undang. Siap ada yang mengesahkan abang belon patah tulang rusuk. Kemudian ada lagi mengesahkan patah tulang belakang. Apabila lapuran keluar tak ada apa yang patah patah pun cuma luka saja. Yang paling kelakar Dr perubatan bernama Akmal pun kena scam dengan Abang Belon. Aku ingatkan Dr Akmal ni hebat orang tapi rupanya kena kencing juga. Tawaran dari seorang Ustaz nak bagi Umrah percuma pada abang belon pun tak tahu statusnya setelah kena kencing. Tetapi yang pasti ramalan aku akan ada ramai yang patah hati setalah kena kencing memang berlaku dan majoritinya Walaun.
Terkini muncul pula pakar Minyak & gas serta pakar Health, Safety, and Environment (HSE) bila berlaku kejadian gas bocor di Putra Height Subang Jaya. Pernah tegur seorang Ustaz yang mengulas insiden berkenaan bila tengok profile berkelulusan hanya di bidang syariah dengan ulasan yang penuh dengan pelbagai andaian. Tunggu je lapuran dari pihak berkuasa dan hormarti mereka yang bidangnya ada kaitan dengan perkara berkaitan.
Rasanya tak perlu lah tunjuk kejahilan kita seperti kita ni memang pakar dalam pelbagai bidang yang kita sendiri tahu bukan kepakaran kita.
Ada kalanya gambar tidak mempu memberi penjelasan dan merungkai cerita sebenar.
*Bantaun RM5K tu bantuan permulaan untuk rumah yang rosak/musnah dan perlukan assessment dari bomba/insuran untuk buat tuntutan.
OMN KD
2 April 2025



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.