ADUN PAS JENGKA SERLAHKAN PEMIKIRAN MUNDUR



Dalam kemeriahan berbahas di dewan negeri sebentar tadi, YB PAS dari Jengka tidak ketinggalan turut serta. Beliau seperti biasa sehabis mungkin hendak membentangkan pelbagai isu hingga speaker terpaksa mengingatkan tentang masa.


Akibat terlalu banyak isu yang hendak dibawa beliau terpaksa mengkhusus kepada isu tempatan sahaja kerana kekangan masa. Seperti biasa, untuk tidak ketinggalan, beliau cuba menyentuh isu terpaling sensasi iaitu isu penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah di Pahang.  


Yang jelas, dalam pemikiran beliau yang berusaha untuk menyalahkan kerajaan dalam isu pencerobohan ini, beliau hadir dengan pelbagai usul dan cadangan. Beliau cuba menekankan perlunya jawatankuasa khas, RCI dan sebagainya untuk menguruskan isu ini.


Usul yang nampak cantik ini sebenarnya hanyalah retorik semata-mata. Tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Pahang untuk masalah ini jauh lebih terkedepan dan efisien. Penubuhan pelbagai kerangka kerja untuk menyelesaikan masalah ini hanya akan melewatkan masa dan meningkatkan kos dari segi pengoperasiannya.


Segalanya telah jelas dari sudut undang-undang bahawa para penceroboh haram ini telah melakukan kesalahan dan kerajaan negeri berhak ke atas tanah-tanah yang diceroboh itu. Jadi apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah cukup wajar dan tidak bertentangan dari sudut undang-undang. Tidaklah perlu YB Jengka untuk berfikir mundur ke belakang dalam menyelesaikan isu ini dengan pelbagai cadangan yang karut marut itu.


Mungkin apa yang keluar dari fikiran YB Jengka ini adalah hasil didikan pimpinan tertinggi PAS yang sentiasa berfikiran mundur. Benarlah seperti kata ramai netizen “nak mundur pilih PAS” atau #mundurbersamapas. 


KALAM INSAN.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.