PM Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kunjungan hormat sebelum mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil tok guru pondok dari negeri Kelantan di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memperkukuh dasar Islam khususnya dalam pendidikan serta beberapa ikhtiar kerajaan dalam membina kekuatan dalaman umat Islam.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Perdana Menteri amat menghargai pandangan guru yang menyampaikan nasihat khususnya dalam soal pendidikan turath serta idea memperkasa peranan institusi sekolah pondok di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan
 pertemuan dengan wakil-wakil tok guru pondok dari negeri 
Kelantan di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 11 
Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ia sudah pasti mampu memberi nilai tambah serta meningkatkan imej pengajian pondok di negara ini yang banyak terdapat di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, Perdana Menteri pagi meraikan kunjungan rombongan pondok dan madrasah dari Kelantan di Pejabat Perdana Menteri yang mana kumpulan itu diundang sendiri olehnya selepas mereka menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan
 pertemuan dengan wakil-wakil tok guru pondok dari negeri
 Kelantan di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada
 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

“Selain itu, beliau (Anwar) turut menghargai titipan nasihat tuan guru terkait usaha memperteguhkan semangat memupuk kefahaman, kasih sayang, memadamkan kebencian dan sabar dalam gesaan agar penjelasan yang bersungguh-sungguh mengenai ikhtiar Kerajaan MADANI kepada rakyat mengenai Islam.

“Dalam perbincangan itu, mereka juga setuju bahawa banyak perkara boleh disepakati, khususnya dalam isu Islam berbanding membesarkan perbezaan dan Datuk Seri Anwar juga mengetengahkan mengenai perkembangan komunikasi dan kerjasama baik dan erat dengan Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan 
pertemuan dengan wakil-wakil tok guru pondok dari negeri 
Kelantan di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya pada 
11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim


Beliau berkata demikian pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri berharap pertemuan itu dapat diteruskan pada masa akan datang dan beliau amat mengalu-alukan wacana seperti ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan
 wakil-wakil tok guru pondok dari negeri Kelantan di Kompleks Perdana Putra, 
Putrajaya pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Buah fikiran dan nasihat tuan guru yang dizahirkan dalam pertemuan ini amat dihargai beliau dan percaya ia disampaikan atas kepentingan maslahat umat dan negara.

“Perdana Menteri banyak bertukar pandangan dalam pelbagai mauduk (tajuk) perbincangan berkisar perkembangan isu Islam dan pembangunan ummah,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.