Che Ibrahim
Mungkin budak budak baru dalam politik tidak berapa tahu kisah Operasi Lalang Oktober 1987. Operasi penangkapan beramai -ramai tokoh tokoh politik dan aktivis masyarakat (sekitar 119 telah ditahan di bawah ISA) telah berjaya meredakan isu "ketegangan kaum" ketika itu.
Ianya bermula apabila persatuan persatuan masyarakat cina telah membantah penempatan Guru Guru Besar dan Penolong Kanan ke Sekolah Sekolah Rendah Jenis Kebanggsaan Cina (SRJKC) yang tidak ada kelayakan/menguasai Bahasa Cina.
Bantahan ini menjadi semakin tegang apabila Pemuda UMNO bangun mempertahankan keputusan Kerajaan. Di tengah tengah ketegangan ini, berlaku amukan Prebet Adam yang melepaskan tembakan bertubi tubi di Chow Kit kerana tekanan kerjanya dalam askar.
Tindakan cepat dan tegas Polis Draja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membuat tangkapan beramai ramai pimpinan pembangkang dan kerajaan, serta mengharamkan penerbitan beberapa akhbar utama telah menyebabkan api perkauman itu tidak sempat merebak, suasana kembali tenang dan negara terselamat dari mengulangi sejarah perbalahan kaum 1969.
Ambo di ketika itu sebagai pimpinan/aktivis Mahasiswa turut terkesan dan terpaksa menyembunyikan diri takut kena tangkap.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.