Malaysia makin hampir mempunyai cip AI sendiri ‘made from Malaysia’

 




Malaysia semakin menghampiri impiannya untuk menjadi pemain utama dalam semikonduktor global sekali gus mempelopori pembuatan cip AI ‘made from Malaysia’.

Melalui kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Holdings Inc, Malaysia telah merancang salah satu pelan teknologi paling bercita-cita tinggi untuk mempelopori cip AI.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kehadiran Arm bakal menjadikan Malaysia pusat semikonduktor serantau yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan berteknologi tinggi untuk rakyat Malaysia dan melonjakkan ekonomi negara.


“Kita serius untuk menjadi pemain utama dalam sektor semikonduktor global dan kerjasama dengan Arm merupakan salah satu langkah penting.


“Arm adalah peneraju dunia dalam reka bentuk cip yang digunakan dalam majoriti peranti mudah alih. Dan kini Arm akan membuka pejabat di Malaysia sebagai hab untuk rantau Asia Tenggara.

“Arm juga akan melatih 10,000 jurutera reka bentuk litar bersepadu dan 100 jurutera penyelidikan dan pembangunan.


“Mereka juga akan membantu kita mencapai sasaran strategi semikonduktor negara yang melahirkan 10 syarikat semikonduktor tempatan dengan pendapatan tahunan sehingga RM4.7 bilion,” katanya dalam satu perkongsian video malam tadi.

Semalam Perdana Menteri berkata, Malaysia telah mencetuskan satu daripada perancangan teknologi paling hebat yang pernah disaksikan Malaysia: untuk merintis cip kecerdasan buatan (AI) ‘Buatan Malaysia’.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.