Ambo sempat 4-5 kali juga meninjau pembinaan Lebuhraya Rakyat di atas termasuk semasa perasmian letak kerja oleh arwah MB, YAB TGNA di Berangan Mek Nab. Dulu kawasan Hutan Simpan Bukit Bakar yang terlibat dengan jajaran LRKBKK adalah antara lokasi ambo memburu madu lebah hutan (Lebah Tualang).
Antara kenangan ambo yang paling melekat di kepala ialah:
1. Polemik pemilihan Syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Berhad sebagai kontraktor pertama pembinaan lebuhraya ini yang telah menimbulkan berbagai kontraversi dari semenjak awal penubuhannya sehinggalah kepada penamatan kontraknya.
2. Penubuhan Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bhd oleh sebuah GLC Kelantan yang kemudiannya mengambilalih peranan Syk Dae Hanguru untuk menyambung kerja kerja pembinaan lebuhraya rakyat sehingga berlaku Saman menyaman antara Dae Hunguru vs Baldah Toyyibah sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
3. Kenangan terindah ialah apabila rombongan kami memasuki kawasan pembinaan tersebut selepas isu "curi balak" dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Bakar kononnya tersilap pelan jajaran/laluan yang kemudiannya cuba ditutup dengan isu salahguna Wang dalam Tabung Akaun Amanah Pembinaan LRKBKK yang dikatakan telah dilarikan oleh individu tertentu (nasib baik tak kena Saman).
Malangnya kenangan ambo itu tidak menjadi manis apabila penyudahnya bukan melihat lebuhraya itu siap, tetapi penyudahnya ialah ialah bebanan hutang rm60 juta.... Mungkinkah hutang pembinaan oleh syarikat ke 3 selepas Baldah Toyyibah??!?.... agak ambo jah tu.
Mengapa hutang sekecil itu tidak sempat diselesaikan semasa jadi kerajaan 33 bulan sedangkan ternyata kerajaan tebuk atap mempunyai lebihan wang yangbanyak seperti apa yang berlaku ke atas PM8 dan PM9 kerajaan tersebut??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.