Kepada 'ANAK MUDA'.. Jangan terpancing dengan umpan provokasi mereka.. MASIH ramai sahabat-sahabat non muslim yang menghormati agama kita..
#JANGAN JADI DEDALU API HINGGAP KE POHON.. HINGGAP KE DAHAN, DAHANNYA MATI, HINGGAP KE RANTING, RANTINGNYA PATAH..
Kepada 'KAMU'.. Jangan lupa bahawa kami yang masih hidup adalah generasi yang pernah 'BERPENCAK' di peristiwa Kg Rawa Penang 1998 dan peristiwa Taman Medan Petaling Jaya 2001.. Pengalaman kedua-dua peristiwa ini mendidik kami lebih matang dalam menjaga keharmonian antara kaum di negara ini..
#JANGAN JADI KADUK NAIK KE JUNJUNG..
Kepada DYMM YDPA Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, YAB Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).. Kami masih 'PERCAYA' dengan 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG'.. jangan hilangkan kepercayaan itu.. WALAUPUN kami mula melihat kepincangan dalam isu menghina antara agama ini berlaku ketidakadilan atas sikap gelojohnya segelintir politikus negara..
#KUAT BERDIRI POHON KERANA AKARNYA.. KUAT AKAR KERANA TANAH..
TIADA MANUSIA YANG WARAS INGIN HIDUP DI DALAM SUASANA HURU HARA..
Al Faqir Haji Muhammad Bin James Baven Bin Abdullah Al Almaniy
#UMJ #DiamTenangSenyum
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.