BETUL KAH ISTANA LARANG BERPOLITIK DI MASJID.?


 Benarkah Istana Terengganu tidak benarkan berpolitik di masjid?


Jawapannya, Ya benar.


Pada Mac 2023, DYMM Sultan Terengganu telah bertitah melarang masjid-masjid dijadikan pentas politik, bahkan Sultan Terengganu juga melarang ahli politik terlibat.








Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu Darul Iman (MAIDAM) telah mengeluarkan perincian larangan Sultan Terengganu, iaitu.


1) Ahli politik berstatus Yang Berhormat (Adun, MP, Senator) tidak dibenarkan memberi kuliah, ceramah atau pengajaran agama di masjid-masjid negeri Terengganu.


2) Ahli politik berstatus Yang Berhomat juga tidak boleh menjadi imam dan khatib solat jumaat.


3) Selain YB, pemimpin-pemimpin parti politik, termasuklah aktivis parti politik juga tidak dibenarkan memberi ceramah, kuliah, jadi imam, jadi khatib dan sebagainya.


Arahan dari Istana Terengganu ni sangat jelas, namun tahukah walaun siapakah yang sangat degil menderhaka Istana Terengganu sampai ke hari ini?


Jawapannya ialah Presiden PAS.


Presiden PAS berterusan menderhaka melanggar arahan Istana Terengganu, lebih teruk lagi Presiden PAS berterusan melanggar undang-undang syariah negeri Terengganu.


Salah satu Undang-undang Syariah Terengganu yang telah digubal pada tahun 2001, ialah tidak boleh mengajar tanpa tauliah di masjid-masjid Terengganu.


Dan apakah Presiden PAS ada tauliah? Berdasarkan semakan langsung tiada nama Presiden PAS sebagai pemegang tauliah.


Lagi satu, apakah walaun tahu siapa yang buat undang-undang tauliah Terengganu pada tahun 2001 tu?


Siapa lagi Presiden PAS lah, dia yang jadi MB Terengganu masa tu. Dia buat undang-undang, dia sendiri langgar undang-undang yang dia buat.


Presiden PAS adalah contoh manusia palinh hipokrit di Malaysia.


Kesimpulannya.


Presiden PAS telah melakukan 2 kesalahan besar, iaitu menderhaka Sultan Terengganu, dan melanggar undang-undang syariah Terengganu.


Berdasarkan undang-undang syariah Terengganu yang dia sendiri buat, Presiden PAS wajar disumbat ke dalam penjara selama 3 tahun.


Kemunafikan Presiden PAS ni sangat jelas dan nyata.


Dulu dia ajak perkasakan undang-undang syariah, walhal dia sendiri yang tegar langgar undang-undang syariah. Memang munafik.


Ada walaun nak spin dia kata, Masjid Rusila tu masjid persendirian, bukan masjid bawah pengurusan majlis agama negeri.


Namun berdasarkan semakan, Masjid Rusila tersenarai di nombor 52 sebagai salah satu masjid di bawah pengurusan majlis agama negeri.


Jadi jika ada umat Islam bertanya kepada walaun, siapakah yang paling kuat menentang Islam? menderhaka Raja? melawan undang-undang syariah?


walaun boleh jawab, orang itu ialah Presiden PAS.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.