
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kadar bantuan SARA itu ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
KUALA LUMPUR, 11 Mar – Sejumlah 84 peratus penerima isu rumah, bujang dan warga emas telah memanfaatkan bantuan menerusi Sumbangan Asas Rahmah (Sara) setakat semalam dengan melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM115 juta.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) , penerima isi rumah di Perlis, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Sabah mencatat kadar penggunaan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
“SARA terus membantu meringankan beban penerima, dengan bantuan tunai dikreditkan melalui MyKad pada setiap bulan.
“Selain itu, pembelian menggunakan SARA mencatat rekod jualan tertinggi dalam sehari, dengan 100,000 transaksi bernilai RM8.4 juta pada 1 Mac 2025, sehari sebelum Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini pada Selasa.
Terdahulu MOF pada 13 Februari lalu berkata, kadar bantuan SARA itu ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
“Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan,” kata kementerian itu.
Selain itu, MOF berkata, sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.
Bilangan itu merangkumi masing-masing 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.
Bagi kategori isi rumah, kata MOF, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang bantuantunai.hasil.gov.my bagi pengesahan status dan kelayakan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.