
Ramlan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada 19 Februari 20205. Foto Jabatan Penerangan
KOTA KINABALU, 19 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan segala persiapan bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya telah bersiap sedia bagi melaksanakan PRN17.
Beliau berkata, secara dasarnya SPR cukup bersedia untuk melaksanakan PRN Sabah yang akan tamat tempoh pada November ini.
“Semua jentera di peringkat akar umbi telah pun bersedia untuk melaksanakan pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Tun Musa turut menasihatkan agar SPR dapat memastikan proses pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar bagi memastikan keamanan dan kestabilan politik di Sabah,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Turut hadir pada kunjungan hormat itu adalah Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Sabah Rohiman Rahia.
DUN Sabah akan tamat tempoh pada Oktober tahun ini dan PRN17 dijangka diadakan pada bila-bila masa sebelum atau sehingga tamat tempoh penggal DUN.
Sebelum ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan PRN Sabah boleh diadakan lebih awal iaitu sebelum penggal DUN sekarang berakhir.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.