MSO
Hari ini MB Kelantan Nassaruddin Daud telah mengunjungi pejabat perdana menteri Datuk Seri Anwar ibrahim. Melihat kepada gambar yang diterakan dalam facebook PM, perjumpaan berlangsung dalam suasana riang dan penuh mesraan.
PM mencatat diperjumpaan itu turut dibincang beberapa perkara khasnya untuk kepentingan rakyat negeri Kelantan. Antaranya projek tebatan banjir. Selain itu pasti ada perkara penting yang dipersetujuan bersama tanpa didedahkan.
Nampaknya PM memberi keutamaan dan perihatian tinggi kepada masalah banjir di Kelantan. Diharap dengan adanya hubungan baik ini dan sikap tahu menghormati Putrajaya ditunjukkan MB Kelantan akan tambah memberi kebaikan dan manfaat untuk negeri Kelantan.
Elok juga kalau sesekali Nasaruddin memceritakan akan keramahan PM semasa menyambut ketibaanya dan ikut sama menyenaraikan segala butiran yang diluluskan oleh Kuala Lumpur untuk Kelantan.
Hanya dengan berbuat demikian baru rakyat dapat mengetahui akan keikhlasan PM dan juga kesediaan MB menerima apa apa yang baik daripada pusat. Ia juga boleh meredakan pandangan buruk kepada PM yang dibawa oleh mereka tidak tahu berterima kasih dan bertanggungjawab.
Noktahlah politik sengketa, herdik maki hamun atau perli dan sinis seperti sebelum ini. Masih ada seorang dua ahli parlimen dari Kelantan yang menunjukkan kebencian dan dendam kepada PM. Nasarrudin sebagai orang tua nasihatlah budak budak yang mengutik cempedak di luar pagar itu, jika tak dengar jentiklah telinga.
Saya sedia maklum penerimaan Nasaruddin dengan sikap terbuka PM, cuma mungkin masih takut takut untuk mengumumkannya. Trims.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.