Ahmad Norazlan
Akhirnya perniagaan adalah soal keuntungan, tiada tempat untuk sentimen bangsa dan agama.
Secara peribadi aku sendiri pernah tanya pesawah kepada siapa mereka jual hasil tanaman...jawapan mereka kepada pihak kilang Cina kerana harga yang lebih tinggi.
Begitu juga pernah bersembang dengan kenalan bekas tentera yang berapi-api cerita tentang hak Melayu dan seakan anti Cina.Malangnya tidak lama kemudian dia sendiri yang cerita baru menjual tanahnya di Kedah kepada Cina kerana harga yang lebih tinggi.
Bukan kerana mereka Melayu yang memilih harga yang tinggi tetapi ini adalah logik ekonomi.
Kaum Cina juga jika mendapat tawaran harga yang tinggi tetap sama tindakan mereka.
Soal bangsa dan agama hanya retorik pembasah bibir orang yang tiada kepentingan (contoh padi dan tanah) sembang kedai kopi dan sembang politik perkauman.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.