’Saya Dah Beri Mandat Kepada Fadillah’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre, Bangi pada pada 22 Februari 2025.

BANGI, 22 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuknya terbabit dalam perbincangan berhubung isu penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah memberikan mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Fadillah Yusof dengan perkara itu dipersetujui semua Jemaah Menteri dan parti komponen dalam Kerajaan MADANI.

“Kita sudah beri mandat penuh kepada TPM (Fadillah) untuk menemui mereka tetapi seperti mana kita tahu dah dua tahun mereka berdolak-dalih. Kita tak ada masalah dan dah beri ruang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre, Bangi pada pada 22 Februari 2025.

“Tak perlu saya sendiri (jumpa pembangkang). (Sekiranya) saya nak jumpa secara berasingan, tak mengapa. Jadi saya rasa boleh (jika nak PM berjumpa pembangkang) cuma jangan dihebahkan di luar, mesti ada jalur (yang betul) untuk adakan perjumpaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di PETRONAS Leadership Center, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar pada Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI di Bangi, Selangor pada 21 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyarankan supaya pihak pembangkang berjumpa dan berbincang dengan Perdana Menteri berhubung isu penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen blok berkenaan.

Johari berkata, keputusan untuk memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang adalah berdasarkan keputusan Perdana Menteri sendiri.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, isu itu bukanlah perkara baharu dan tidak sepatutnya diperbesarkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat ketika hadir pada Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI di Bangi, Selangor pada 21 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Umpamanya ada wakil dari PH dulu (runding soal peruntukan) dengan kerajaan. Kemudian di peringkat akhir, saya bertemu dengan Perdana Menteri (waktu itu), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bermesyuarat bukan sekali dua, entah lima atau enam kali.

“Jadi bincanglah dengan baik, ini tidak, mereka belum apa-apa dah tuduh kita minta sokong PM, sedangkan tidak ada langsung syarat dikemukakan,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.