PM KAMI SEMPOI..TAK NANTI PILIHANRAYA BARU NAK TURUN JUMPA RAKYAT...MB HANGPA LAGU MANA ? BUKA MULUT SAJA MUHONG....YAAA AMPU SALAMMMM

 

Pesawah Lega PM Anwar Salur Pampasan Takaful Skim Tanaman Padi



Para pesawah terjejas akibat banjir teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi mereka bagi menyampaikan bantuan menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di Ayer Hitam pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

JERLUN, 28 Feb – Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui sendiri para pesawah di negeri ini menziarahi mereka sempena peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Ayer Hitam di sini amat dinantikan.

Masakan tidak, mereka yang rata-rata sudah dimaklumkan tentang kehadiran Perdana Menteri teruja sementelah punca pendapatan mereka terjejas ekoran banjir Disember tahun lalu, kini mampu menarik nafas lega apabila beban kewangan ditanggung sedikit sebanyak dipermudahkan selepas menerima pampasan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) pada Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau sendiri kawasan sawah yang diusahakan di Ayer Hitam pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Program turun padang menemui para pesawah berkenaan disifatkan menunjukkan keprihatinan Anwar terhadap nasib mereka yang memulakan tanaman padi semula seawal Januari lalu.

Cek STTP kepada lima Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu disampaikan Anwar di sini dihadiri kira-kira 3,000 pesawah terjejas termasuk pengumuman sebanyak RM15 juta disalurkan bagi persediaan Ramadan dan Aidilfitri.

Para pesawah yang terjejas pendapatan akibat banjir lega dengan bantuan yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika penyampaian cek sempena Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Tanaman Pada Lima Musim Dua Tahun di Jerlun pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Ahli Jemaah Pengarah PPK A-III Hutan Kampung Syafiq Azril Mohd Nasis, beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap nasib yang menimpa golongan pesawah.

“Alhamdulillah, ini sedikit sebanyak dapat tampung kos peringkat awal (tanaman padi) kerana semasa banjir tempoh hari kami kerugian sangat banyak disebabkan ketika itu padi sudah berusia antara 45 dan 50 hari.

Para pesawah terjejas akibat banjir teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi mereka bagi menyampaikan bantuan menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di Ayer Hitam pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sekurang-kurangnya bantuan diterima ini boleh digunakan untuk pusingan modal bagi permulaan musim depan pula,” katanya.

Seorang lagi pesawah mewakili petani di kawasan PPK di negeri itu merasa terharu dan berterima kasih dengan pampasan diberikan kerajaan.

“Semasa banjir tempoh hari, padi sudah berusia sebulan ke atas dan modal yang sudah dikeluarkan pesawah memang tinggi. Menerusi pampasan ini dapatlah mereka tersenyum sedikit kerana kalau tak ada langsung lagi teruk,” katanya.

Selain mereka, para pesawah lain yang menzahirkan ucapan serupa ialah Pengerusi PPK D-II Tunjang Zainol Abidin Mohd Noor, Pengerusi A-II Kodiang Mohd Shukri Samsuddin dan Ahli Jemaah Pengarah G-II Jitra Abdollah Ismail.

Para pesawah terjejas akibat banjir teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi mereka bagi menyampaikan bantuan menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di Ayer Hitam pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober tahun lepas, Anwar berkata pelaksanaan projek itu diumum melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion dengan keluasan penanaman padi sekitar 11,000 hektar.

Pada program itu Anwar turut mengumumkan agihan sumbangan RM15 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kepada pesawah di seluruh negara sebagai persediaan awal Ramadan dan Syawal.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.