Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang juga Timbalan AMK sdr Kamil Munim seperti sudah sah akan memenangi jawatan ketua AMK Keadilan selepas kongres parti itu nanti.
Setakat ini AMK di 14 buah negeri telah menyatakan sokongan kepadanya untuk menerajui AMK mengambil alih daripada sdr Adam Adli Abdul Halim yang tidak lagi akan memegang jawatan ketua.
Yang menjadi persoalan kini ialah ketua Wanita Keadilan Fadhlina Siddik, apakah beliau akan kekal sebagai ketua wanita Keadilan. Khabar dari kejauhan beliau akan dicabar sekiranya tiada apa-apa sekatan atau "mesej" agar beliau dipelihara.
Siapa yang berani mencabar Menteri Pendidikan itu juga masih menjadi tanda tanya. Kedudukan Fadhlina sebagai menteri menyebabkan ada yang kurang berani untuk mencabarnya walaupun jawatan bukan merupakan benteng ampuh untuk Fadhlina mempertahankan kedudukan itu.
Dalam perlawanan sebelum ini Fadhlina berentap dengan MP Ampang Rodhiah Ismail. Dalam pertandingan sengit itu kiraan pertama Fadhlina tewas, kiraan kedua baru diistyharkan menang.
Kontroversial pertandingan itu seperti jadi phobia. Trims.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.