JOHOR BAHRU, FEB 10 - Barisan Nasional (BN) terutama UMNO Johor perlu adil dan tidak menjadi ‘Abang Long’ dengan mendominasi kerusi berpotensi menang dalam pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad berkata, perundingan pembahagian kerusi nanti perlu mempraktikkan prinsip menang-menang melibatkan kedua-dua belah gabungan parti politik berkenaan.
“Tiada satu pihak pun sepatutnya menjadi ‘abang long’ yang mendominasi atau hanya tumpu merebut kerusi-kerusi gred A yang memiliki potensi besar untuk memenangi pilihanraya.
“Tiada istilah negeri Johor milik parti tertentu atau parti tertentu lahir di sini,” katanya satu dalam kenyataan.
BN katanya, perlu membuktikan keikhlasan kerjasama tersebut dengan menjemput pemimpin PH menyertai pentadbiran di pelbagai peringkat negeri, daerah dan komuniti setempat.
Tegasnya, kerjasama itu perlu bermula sekarang dan UMNO boleh menjemput pemimpin PH menyertai pentadbiran kerajaan negeri dalam pejabat daerah sebagai ketua kampung dan sebagai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
#BeritaKS

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.