Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini.
“Kita andaikan jumlah itu dibahagi dua, jadi terima kasihlah atas peruntukan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Bulan Sabit Merah, Miri, yang menempatkan penduduk Kampung Lereng Bukit yang dipindahkan berikutan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan lima nyawa tiga hari lalu.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara Abun Sui Anyit menyifatkan pengumuman Perdana Menteri sebagai satu langkah menunaikan permintaannya sebelum ini dan bakal memberi kelegaan kepada Sarawak dalam menghadapi bencana ini.
========================================================================
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Menyambut baik bantuan itu, beliau berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
"Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas bantuan segera ini yang sudah pasti dapat meringankan beban rakyat Sabah yang terjejas akibat bencana," katanya menerusi kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.
Anwar ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di Ipoh, Perak tengah hari tadi mengumumkan peruntukan RM25 juta untuk membaiki infrastruktur terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak merangkumi bantuan RM1,000 kepada semua keluarga yang terkesan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.