𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗨𝗟 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝟭.𝟮 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥? 𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥


✍️ Ahmad Mursi


1.  Pembangkang ulangi fitnah bahawa Kerajaan Madani sengaja biarkan 1.2 juta pelancong China tidak keluar.


2.  Hakikatnya, angka itu timbul dari laporan Berita Harian pada Julai 2022 (Zaman Tebok Atap) laporan hal yang berlaku antara tahun 2018-2021.


3.  Menteri KDN yang terlibat ialah Muhyiddin (2018-2020) dan Hamzah Zainuddin (2020-2022). Keduanya pimpinan Bersatu.


4.  Semasa PN-PAS berkuasa, mereka gagal tanganinya tapi kini memanipulasi fakta dengan memfitnah Kerajaan Madani untuk raih sokongan emosi rakyat.


5.  Walaun kata, Zaman Tebok Atap sempadan ditutup kerana PKP. Faktanya, pelancong asing yang telah ada di Malaysia sebelum COVID-19 masih dibenarkan keluar dan tidak dibenarkan kembali. (Q&A KDN)


6.  Pelancong asing boleh dapatkan pas khas untuk tinggal sementara jika negara asal tidak benarkan mereka pulang semasa COVID-19. (Q&A KDN).


7.  Ramai warga asing yang tinggal lama melalui pelbagai visa seperti MM2H (mula tahun 2002), visa pasangan, dan visa pekerjaan jangka panjang dll yang wujud sejak 1960an dan 1980an.


8.  Program Malaysia My 2nd Home (MM2H) bermula tahun 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dengan harga lebih dari RM1juta (kini).


9.  Perangkaan rasmi DOSM merekodkan etnik Cina kekal 6.9juta dari tahun 2020-2024. Tiada lonjakan '1.2juta' seperti didakwa.


10.  Hati-hatilah dengan fitnah untuk menimbulkan permusuhan dan mencederakan perpaduan sesama rakyat Malaysia pelbagai kaum.


PERUNTUKAN BANYAK.

 Farul Al Qasas. 


RM210 juta untuk aktiviti bahasa dan kreatif.



Insya-Allah Malaysia mampu bangkit untuk melahirkan karya hebat baik dalam bidang kesusasteraan mahupun bidang perfileman. 


Contohnya Korea sebagai penanda aras. Bagaimana drama mereka boleh merentasi benua.



BILA MASA PULAK DIKURANGKAN? PERUNTUKAN PENDIDKAN PALING TINGGI. MESTI ADMIN TAK SEKOLAH TINGGI.

 RMS


Aku lama dah tahu admin page ni bangang tapi bila dikeliling walaun double bangang jadilah chief bangang.. 😆😆


*Bila masa subsidi pendidikan dikurangkan..?? bodoh nak mampus..




Hidup ini singkat...

 

Hidup ini singkat...


Baki yang tinggal, tak tau banyak mana lagi yang ada.. 


Jom beramal. Ajak ke arah yang maaruf, lawan yang mungkar.


Yang mungkar masih banyak di luar sana. Antara yang mungkar, curi pasir, curi duit Jana wibawa, curi duit 1BestariNet.. Yang tu mungkar... kena lawan. 


Yang mungkar, tak boleh buat kawan. Tak boleh sokong, apatah lagi tolong kempen bagi menang,.. pakat angkat jadi pemimpin. 


Yang lawan rasuah, yang betulkan banyak kemusnahan, yang jaga kebajikan rakyat... yang tu maaruf.


Yang maaruf kena sokong, kena bantu untuk terus kekal.


Nak betulkan benda yang dah rosak teruk, memang payah. Benda dh berdekad rosak, kena ambil masa untuk ubah. 


Kelemahan memang ada. Tapi kelemahan, bukan mungkar. Itu sifat manusia. Semua orang ada kelemahan.


Nak puaskan hati, semua 33 juta rakyat, bukan sesuatu yang boleh dipenuhi dalam sekelip mata... itu hakikat.


Yang penting... banyak perubahan sudah dan sedang berlaku. Negara sudah berada di atas landasan yang betul, cuma skrg masa untuk bergerak ke hadapan...


Demikianlah, bila yang diangkat itu, kiblatnya maaruf, halatujunya kebaikan, maka eloklah natijahnya...


Berbanding yg pernah diangkat pd satu ketika dahulu, mungkar kiblatnya.. punah ranah negara sudahnya.


Maaruf atau mungkar, bukan pada perkataan... tapi pada perlaksanaan.


Kalau pakai jubah, bagi kuliah, naik atas mimbar baca khutbah.. cakap Islam, bagi hujah guna kitab2 ulamak terkenal... tapi kerja siang mlm utk mengangkat si pencuri pasir, si pencuri Jana wibawa dan si pencuri 1BestariNet utk menjadi ketua... itu pun mungkar.


Mkn gaji buta jgk mungkar. Kalau yg gaji puluh2 ribu atas jwtn sbg Ahli Parlimen, tapi masa Parlimen bersidang dia ponteng... itu pun mungkar.


Jgn ingat yg pakai serban, pakai jubah tak buat kerja mungkar!


🤔🤔🤔🤔



APA MANFAAT DAN MUDHARAT KERAJAAN MADANI UNTUK KELUARGA ANDA?


Che Ibrahim


(Acu pakat senaraikan)


A. Senarai manfaat/kebaikan


1. Kenaikan gaji penjawat awam

     (Ambo ada 3 orang anak kerja kerajaan)

2. Kenaikan pencen (isteri ambo)

3. Kenaikan bantuan kepada OKU

(Atas rumah ambo ada 3 orang pemegang kad OKU)

4. Bantuan Budi Madani

5. Bantuan Agri Komoditi

6. Bantuan Musim Tengkujuh(ambo tak minta 3 tahun dah)

7. Kenaikan harga komoditi (getah Dan sawit)

8. Subsidi bersasar ke atas barangan keperluan tertentu. 

9. Bantuan Awal Persekolahan.

10. Biasiswa Kecil Persekolahan 

      ( 2 orang anak ambo yang masih bersekolah dapat).


B. Senarai mudharat/yang menyusahkan. 


1. Kenaikan harga diesel. 

2. Kenaikan harga barang keperluan/harga yang tak menentu. 

3. Serabut perut/sakit hati dok dengar sumpah seranah Dan fitnah walaun. 

4. Sedih melihat perbalahan aswaja - wahabi.



CONTOH MENTERI BANTU PENIAGA MARHAEN DI KOLOMPO


 Ini contoh 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 suara rakyat.





𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵, Dr Zaliha Mustafa berkata masalah yang berlaku adalah kerana pengurusan bazaar telah menyewakan tapak 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 daripada 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗕𝗞𝗟.


Apa yang lebih penting, di masa akan datang, 𝗗𝗕𝗞𝗟 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 tapak bazaar. Inilah yang telah lama rakyat mahukan. Sebab selalunya DBKL sewakan harga rendah tapi pengurusan letak harga 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮.


Terbaik Dr. Zaliha. Antara menteri Madani yang paling perform. Semoga terus cemerlang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TU PUN KO NAK SAKIT HATI.. APA HAL LA KO NI. LEKEH..

 


Sejak dua tahun kebelakangan ini, geng PN jaki betul dengan penggunaan istilah Melayu yang dibawa dalam ucapan-ucapan PMX Anwar Ibrahim khususnya istilah yang dipinjam dari negara jiran yang serumpun dengan kita.




Hina sungguh rasanya mereka jika pinjam istilah dari Indonesia. 


Begitulah mereka yang berminda penjajah, banding dengan PMX yang berminda bangga akan bangsa serumpun.


Beratus istilah pinjaman dari Inggeris seperti sensitif, proaktif, bajet, teksi dll..

Tapi kita boleh guna tanpa soal.


Sedangkan bajet/budget tu belanjawan. Standard itu piawai. Tapi tiada bantahan untuk kita gunakan.


Kerana kita faham, bahasa itu hidup dan berkembang. Meminjam istilah pelbagai bahasa asing itu biasa dan turut diamalkan oleh semua bangsa maju di seluruh dunia.


Tapi apakan daya...apabila ada generasi jaki bergurukan dari si jaki juga.


Maka timbulah pelbagai tafsiran pelik mengikut nafsu serakah politik.


Asalkan dapat memperlekehkan. Puaslah hati mereka.


Kesian...


Sekian..


ATADAFA 


Fairul al Qasas 

Jengka


GURU BESAR NOBITA BUDGET TIADA KERANGKA JELAS. HABIS , KENAPA TIADA BELANJAWAN ALTERNATIF ???....INISIATIF AKAN DIJELASKAN DALAM SESSI LAIN BUAT SEMUANYA....AKAI TAK DAK....



Kerajaan tidak mempunyai kerangka jelas untuk melaksanakan inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, dakwa Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin. Ahli parlimen Putrajaya itu berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya menyebut inisiatif secara umum tanpa penjelasan lanjut. "Ada disebut data ekonomi tetapi tidak dinyatakan bagaimana negara hendak dipacu dan apakah kerangka besar dalam konteks struktur atau strategik ekonomi yang akan dilaksanakan. "Apa yang lebih menyukarkan bagi pihak di luar sana khususnya pelabur dan penganalisis pasaran adalah perincian tentang beberapa perkara penting yang disebut dalam Belanjawan 2025 tidak mempunyai maklumat lanjut,” katanya pada Sidang Media Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.



DIMANA MP MARANG MENGHILANG? DEWAN GAMAT BILAMANA PM BERCAKAP MA...



ANTARA ISU YANG HANGAT DI PERKATAKAN RAKYAT MALAYSIA HARI INI ADALAH BATANG HIDUNG PRESIDEN PAS YANG TIDAK KELIHATAN SEMASA PEMBENTAGAN BELANJAWAN 2025 MALAYSIA MADANI SEMALAM! DI MANA HILANG?


DUA PEMIMPIN DAN PERSAHABATAN

 

Perdana Menteri berkata, beliau dan Prabowo yang bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia akan bekerjasama dengan lebih erat dalam suasana persahabatan.



Anwar menambah, kerjasama tersebut tidak hanya di peringkat peribadi tetapi juga negara.


Ujar Perdana Menteri, beliau percaya hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia akan memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara itu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



POLIS SEDIA SIASAT DAKWAAN ANAK ABUYA DIROGOL


 Polis sedia siasat dakwaan anak Abuya dirogol, didera pemimpin GISBH - KPN

Nor Azizah Mokhtar

bhnews@bh.com.my

October 19, 2024 @ 12:20pm



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah bahawa dia pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISB Holdings (GISBH).


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya akan mengesan wanita itu dan siasatan akan dijalankan sekiranya ada laporan polis dibuat olehnya.


"Kita akan kesan mangsa dan jika ada laporan dibuat siasatan akan dijalankan ke arah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Terdahulu, Ummu Atiyah, 41, dalam satu sidang media di ibu negara, semalam mendakwa kejadian itu berlaku sewaktu dia dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH pada 2015.


Wanita itu mendakwa, dia menolak untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan kerana seorang yang tua, boroi dan menjijikkan, menyebabkan Ummu Atiyah melarikan diri ke rumah rakannya di Jordan.


Namun, lelaki terbabit dan pengikutnya mencarinya di sana dan mahu Ummu Atiyah menyerahkan diri dengan membuat kecoh.


Dakwa wanita itu, dia dalam keadaan terpaksa menyerah diri dan diminta bersalam dengan lelaki berkenaan sebagai tanda setuju berkahwin tetapi Ummu Atiyah mendakwa menolak permintaan itu.


Akibatnya, dia dipisahkan dengan anaknya dan dilarikan ke Turkiye serta didera kerana enggan memenuhi kehendak pemimpin GISBH itu untuk bersama sehinggalah dirogol.


Wanita itu juga mendakwa dia pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam.


Ketika itu, adik lelakinya yang juga pengikut pemimpin itu, meminta dia menanggalkan baju untuk ditunjukkan kepada individu berkenaan.


Disebabkan takut dia akan mati selepas direndam di dalam air lebih sejam, tertelan banyak air dan dadanya sakit, Ummu Atiyah terpaksa akur arahan mereka.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1313108/polis-sedia-siasat-dakwaan-anak-abuya-dirogol-didera-pemimpin-gisbh-kpn