Hidup ini singkat...

 

Hidup ini singkat...


Baki yang tinggal, tak tau banyak mana lagi yang ada.. 


Jom beramal. Ajak ke arah yang maaruf, lawan yang mungkar.


Yang mungkar masih banyak di luar sana. Antara yang mungkar, curi pasir, curi duit Jana wibawa, curi duit 1BestariNet.. Yang tu mungkar... kena lawan. 


Yang mungkar, tak boleh buat kawan. Tak boleh sokong, apatah lagi tolong kempen bagi menang,.. pakat angkat jadi pemimpin. 


Yang lawan rasuah, yang betulkan banyak kemusnahan, yang jaga kebajikan rakyat... yang tu maaruf.


Yang maaruf kena sokong, kena bantu untuk terus kekal.


Nak betulkan benda yang dah rosak teruk, memang payah. Benda dh berdekad rosak, kena ambil masa untuk ubah. 


Kelemahan memang ada. Tapi kelemahan, bukan mungkar. Itu sifat manusia. Semua orang ada kelemahan.


Nak puaskan hati, semua 33 juta rakyat, bukan sesuatu yang boleh dipenuhi dalam sekelip mata... itu hakikat.


Yang penting... banyak perubahan sudah dan sedang berlaku. Negara sudah berada di atas landasan yang betul, cuma skrg masa untuk bergerak ke hadapan...


Demikianlah, bila yang diangkat itu, kiblatnya maaruf, halatujunya kebaikan, maka eloklah natijahnya...


Berbanding yg pernah diangkat pd satu ketika dahulu, mungkar kiblatnya.. punah ranah negara sudahnya.


Maaruf atau mungkar, bukan pada perkataan... tapi pada perlaksanaan.


Kalau pakai jubah, bagi kuliah, naik atas mimbar baca khutbah.. cakap Islam, bagi hujah guna kitab2 ulamak terkenal... tapi kerja siang mlm utk mengangkat si pencuri pasir, si pencuri Jana wibawa dan si pencuri 1BestariNet utk menjadi ketua... itu pun mungkar.


Mkn gaji buta jgk mungkar. Kalau yg gaji puluh2 ribu atas jwtn sbg Ahli Parlimen, tapi masa Parlimen bersidang dia ponteng... itu pun mungkar.


Jgn ingat yg pakai serban, pakai jubah tak buat kerja mungkar!


🤔🤔🤔🤔