KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM TERHADAP RUU MUFTI (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 2024

YADIM


Orang ramai diseru supaya tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam diakibatkan tafsiran yang salah terhadap RUU Mufti kerana ia akan menghalang usaha murni kerajaan bagi mengukuhkan pentadbiran Islam di negara kita.


 KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM TERHADAP RUU MUFTI (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 2024)


1. Dakwaan penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar. Hakikatnya, seseorang individu mempunyai hak kebebasan sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidaklah bersifat mutlak kerana dibataskan antara lain Perkara 8(5)(a), 10, dan 11(5).


2. Sebagai contoh, hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan ialah untuk hidup beragama, bukanlah hidup tidak beragama. Hak kebebasan beragama bagi orang Islam ialah kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama yang sebenar seperti ditentukan oleh ulil amri, atau ketua agama.


3. Dalam penentuan ajaran agama Islam yang sebenar maka ia hendaklah berlandaskan Hukum Syarak. Mufti Wilayah Persekutuan hanya bertanggungjawab menentukan persoalan hukum syarak yang menyentuh undang-undang diri bagi orang Islam di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


4. Penggubalan undang-undang yang bersifat pengawalan merupakan ciri sebuah negara berdaulat kerana tiada seorang pun bebas melakukan sebarang pelanggaran terhadap prinsip keluhuran perlembagaan.


5. Sekatan kebebasan seseorang itu tidak bermakna dakwaan berlaku perlanggaran terhadap hak asasi itu benar kerana keabsahan suatu hak asasi itu ditentukan oleh Perlembagaan.


6. Sebagai contoh ialah fatwa mengenai amalan ajaran agama Islam yang sesuai mengikut keadaan tempatan serta larangan ikutan terhadap ajaran, pegangan dan fahaman yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.


7. Terdapat juga sesetengah pihak yang keliru dan salah faham terhadap fungsi dan kuasa Mufti di bawah sistem perundangan negara.


8. Sesungguhnya tindakan mempertikai kuasa Mufti atas alasan penjawatnya tidak dipilih oleh rakyat (Muftis are not the people’s elected representatives) adalah tidak berperlembagaan. Sebagai contoh, di bawah seksyen 35 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga diperuntukkan kuasa untuk melarang penggunaan apa-apa loji atau bahan yang pada pendapatnya mungkin akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang semasa bekerja.


9. Kuasa yang dilaksanakan oleh mana-mana individu seperti Mufti dan Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Akta mengikut bidang kepakaran masing-masing. Pelantikan mereka dibuat melalui undang-undang dan bukannya secara pentadbiran semata-mata.


10. Sehubungan itu, saya ingin menyeru semua pihak supaya tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam diakibatkan tafsiran yang salah terhadap RUU Mufti kerana ia akan menghalang usaha murni Kerajaan bagi mengukuhkan pentadbiran Islam di negara kita.


11. Kita seharusnya menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti kerana Mufti adalah pihak berkuasa yang berautoriti untuk memberi nasihat tentang Hukum Syarak sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 33 Akta 505 (Fasal 4 RUU Mufti).


12. Selain itu, perlu difahami bahawa sesuatu fatwa yang diwartakan di bawah RUU Mufti ini adalah mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa Negeri selaras dengan butiran 1 Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Malah, sebelum fatwa itu boleh mengikat, ia perlu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Majlis Agama Islam terlebih dahulu. Dalam pada itu, fatwa juga tidak boleh bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis.


13. Saya sekali lagi ingin menjelaskan iaitu RUU Mufti digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan Mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak serta perkara yang berkaitan di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.


14. RUU ini memperuntukkan 9 Bahagian iaitu Bahagian permulaan, Mufti dan Timbalan Mufti, Jawatankuasa Fatwa, pengeluaran fatwa, penentuan kiblat, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dan perunding akidah dan pelbagai.


15. Menerusi RUU Mufti, pengasingan kuasa antara Jabatan Agama Islam, Mufti dan Mahkamah Syariah akan kelihatan lebih jelas. Pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Hukum Syarak di bawah bidang kuasa Mufti akan ditadbir oleh Akta berasingan.


16. Saya ingin mengajak seluruh umat Islam memberi sokongan terhadap penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024).


17. Penggubalan RUU ini adalah sebahagian dari usaha Kerajaan dalam memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman bagi undang-undang diri orang Islam seterusnya menjamin hak-hak keadilan kepada umat Islam di Malaysia.


Sekian, terima kasih.


SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


12 Oktober 2024



PERTEMUAN PMX DAN SU USA.


 Mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan Anthony Blinken, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dan delegasinya di sela-sela kepadatan jadual hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan semalam.








Pertemuan lebih 40 minit ini digunakan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan Malaysia dan AS.


Saya tekankan kepentingan AS sebagai antara rakan dagangan utama Malaysia sejak sekian lama, dengan pelaburan-pelaburan syarikat AS antara penyumbang utama menjadikan negara ini muncul sebagai pusat pelaburan bagi sektor teknologi tinggi di rantau ini.


Ini termasuklah beberapa pelaburan terkini berjumlah AS$14.7 bilion daripada gergasi teknologi AS, termasuklah Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.


Malaysia turut menyatakan penghargaan atas peranan penting AS membabitkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) 2735 terkait usul gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel. Pada masa sama, saya turut menggesa AS menggunakan pengaruhnya untuk memastikan resolusi ini segera dilaksanakan dan dipatuhi oleh Israel.


Mengakhiri hari kedua semalam, saya bersama delegasi Malaysia memenuhi jemputan Kerajaan Lao PDR selaku Pengerusi ASEAN untuk menghadiri agenda ke-13 iaitu Makan Malam Gala. Kami dipertontonkan dengan persembahan kebudayaan dan dendangan nyanyian yang begitu merdu.


==================


During a courtesy call with US Secretary of State Anthony Blinken on the sidelines of the 44th and 45th ASEAN Summits yesterday, we discussed key regional and international issues.


I emphasized the importance of the US as a long-standing trading partner and highlighted the recent US$14.7 billion investments by US tech giants in Malaysia, including Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories, and Boeing.


Malaysia also expressed appreciation for the US’s leading role in UN Security Council Resolution 2735. I urged the US to leverage its influence for the swift implementation of the resolution and its adherence by Israel.


The day concluded with our participation in the Gala Dinner hosted by the Lao PDR government.


#MalaysiaMADANI



WOIII.. MASA NI HANG PI MANA?

 Jamzuri Ardani


Masa tu ada korang kisah? Masa ni laa pulak konon nak jadi terpaling patriotik. 😅

Ni lebai.. Tu pelajar Naval Universiti. Hang selalu tetinggal maklumat. Apa punya penerangan.. Patut pakat bengong habih.. 



KUNO BETOI

 Che Ibrahim


Antara khurafat yang berligar dalam masyarakat melayu ialah kepercayaan Ku Li takleh jadi PM kerana sumpahan Pak Chu Hasan Tok Wali..... 


Inilah bahayanya aqidah/kepercayaan wali wali Allah itu ada karomah....




HANG PI BALIK NEGERI HANG LA..


 Zainuddin Omar

Pelik pulak komen lebai ini kenapa dia tak balik negeri dia dan masih duduk negeri Selangor yang cuti hari Ahad?



NEGERI HANGPA LEKEH. APA PUN TAK DAK.. SAPA NAK MAI MELAWAT.. AYAQ PUN SAT ADA SAT TAK DAK..

Fathi Aris Omar

Bukan kapal peranglah, ngok! Yang jajah kau tu hutang ECRL, TikTok, Shopee, Waze, Hollywood, media sosial macam Facebook. Manipulasi halus data, info & algoritma itu penjajahan. Tu pun tak faham2. Selenge!


 Kenyataan media YB Wong Hon Wai, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang pada 12-10-2024





1. Kenyataan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional berkenaan lawatan 2 kapal latihan dari China yang melabuh di Pelabuhan Pulau Pinang adalah saling berkontrakdisi memandangkan Pengerusi Kebangsaan Parti Gerakan, Dato Dominic Lau sendiri juga hadir pada majlis sambutan atas kapal tersebut.


2. Kunjungan silaturahim 2 kapal latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah mengikut saluran rasmi. Resident Naval Officer TLDM di Pulau Pinang turut hadir dalam kunjungan atas kapal pelatih tersebut bersama pemimpin dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai tetamu.


3. Dua kapal pelatih tersebut melabuh 3 hari dan telah beredar menuju ke Chittagong, Bangladesh.


4. Kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian adalah atas hubungan pelajar ke pelajar di mana aktiviti bersukan dan kebudayaan dilangsungkan. Kunjungan tersebut diuruskan oleh Pejabat Consulate General China di Pulau Pinang.


5. Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian mempunyai melebihi 1900 pelajar. Selain pelajar-pelajar Malaysia, seperti sekolah swasta lain juga mempunyai pelajar-pelajar dari Indonesia, Thailand, China dan negara-negara lain. 


6. Saya diberitahu oleh Guru Besar sekolah tersebut bahawa terdapat melebihi 30 pelajar dari negara China. Pelajar-pelajar tersebut  telah mengibarkan bendera negara mereka semasa sambutan dan pelajar-pelajar tempatan mengibarkan bendera Malaysia dan Negeri Pulau Pinang. 


7. Gambar yang disebar luas di media sosial hanya menunjukan pelajar berasal dari negara China mengibarkan bendera China dan sebenarnya terdapat gambar-gambar lain pelajar tempatan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Pulau Pinang 


8. Kapal-kapal Tentera Laut negara asing lain juga pernah berlabuh di Pelabuhan di Malaysia atas saluran rasmi dan mengikut protokol. 


9.  Sebagai misalan, pada 25-2-2019 dilaporkan di https://www.c7f.navy.mil/Media/News/Display/Article/1767089/sailors-marines-visit-sekolah-menengah-kebangsaan-high-school/


bahawa melebihi 20 anggota Marin Tentera Amerika Syarikat telah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam di Kota Kinabalu, Sabah.  Mereka ialah dari USS Ashland (LSD 48) dan 31st Marine Expeditionary Unit (MEU) telah memasuki sekolah tersebut dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut dengan aktiviti-aktiviti.


10. Salah sebuah kapal latihan China yang berkunjung ke Pulau Pinang, iaitu Kapal Latihan JinggangShan 999, pernah memainkan peranan penting dalam misi pencarian pesawat MH370 pada tahun 2014. Kapal ini telah bertolak dari pelabuhan Zhanjiang pada jam 3 pagi, 9 Mac 2014, menuju ke kawasan pencarian. Sepanjang 62 hari operasi pencarian, Kapal JinggangShan 999 telah menjelajah kawasan yang luas termasuk Teluk Thailand, Sumatera, dan kawasan barat daya serta barat laut Australia, dengan jarak pelayaran melebihi 31,000 kilometer.


11. Hubungan Malaysia dan China adalah baik dan pemimpin utama telah melawat antara satu sama lain.  Oleh itu lawatan silaturahim kapal pelatih bersama pelajar-pelajar Naval University of China hendaklah dilihat dari sudut positif.



HAI... TAKKAN WALAUN TAK REPORT POLIH... KA MINTA MB LETAK JAWATANG KA.


MMMS 


Rasanya banjir di Kedah dah masuk wave ke 3, tapi tak nampak pula lebai minta MB sana letak jawatan.




Mungkin ini yang di katakan "Kuman di seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak."


Begitulah nasib lebai, apa yang mereka tuduh, selalu dapat balasan tunai balik kepada mereka tanpa tangguhan. 


========================

"Menurut Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, Kamarul Jamaluddin, langkah menggantikan Amirudin diyakini dapat menyelesaikan isu banjir di negeri itu.


“Perkara ini penting kerana kejadian banjir di Selangor kini terlalu kerap berlaku walau hanya hujan biasa. 


“Sampai bila rakyat Selangor perlu hidup dalam keadaan cemas dan risau? Mungkin solusi paling tepat adalah menggantikan Amirudin Shari,” katanya dalam kenyataan hari ini."

========================



WALAUN MARAH.. TELUR GRED D, E DIHAPUSKAN SUNSIDI.

 


Dibayar pada syarikat pengeluar telur bagi memastikan harga telur TIDAK TURUN...Malangnya rakyat marah jika subsidi RM927 juta  pada syarikat telur ini dihentikan.. mereka cakap nanti harga telur mahal..



Leong Hup International dapat RM250 juta,  QL Resources  RM180 juta, Teo Seng Capital dapat RM138 juta,  LTKM bhd dapat RM120 juta, CCK Consolidated Holdings Berhad dapat RM100 juta, Lay Hong Berhad RM100 juta  dan lain lain syarikat pengeluar telur utama negara.


Hahahahahaha😆😆😆😆




KEH.. KEH.. KEH..


Johan Master


Buat video kontroversi ejek PMX walaun yang memang anti dgn PMX sokong lps tu pakat undi KJ akhirnya menang puiiih la.




BENDA TIDAK MENJADI ISU TETAPI SENGAJA DIJADIKAN ISU



Kita akan bersolat di belakang sesiapa sahaja umat Islam  termasuk para imam Wahhabi-Salafiyy sama ada di Saudi, Mesir atau Malaysia. Tiada ulama ASWJ yang muktabar menghukumkan tidak sah solat di belakang orang yang berbeza mazhab. Hatta solat di belakang ahli bid'ah seperti Muktazilah, ahli maksiat, orang fasiq dan pelaku mungkar, perompak, pencuri atau perasuah pun dihukum sah (walaupun makruh) selagi ianya Islam dan memenuhi syarat imam. 


Kalau pun ada fikrah² mereka yang dihukum sesat pun perlu dibeza antara sesat (i) yang membawa kekufuran jelas atau (ii) yang berdasarkan tafsiran (takwil) nas yang salah. 


Seperti golongan Khawarij dahulu yang menentang Saidina Ali RA, mereka sesat berdasarkan takwil yang fasid tetapi mereka adalah muslim. Adapun solat di belakang mereka, masih sah. Saidina Ali kata mereka adalah saudara² kita tetapi menentang kita (هم اخواننا لكن بغو علينا). Setakat imam yang dikatakan berfahaman Wahhabi pada hari ini apalah sangat jika dibandingkan dengan Muktazilah, Khawarij, Murji'ah atau golongan fasiqin lain. 


Orang ramai termasuk para asatizah yang berimamkan Sheikh Maher Hamad Al-Muaiqly, Imam Masjidil Haram semalam menunjukkan betapa terbukanya ulama ASWJ Asya'irah kepada saudara sesama Islam. Mereka melayani Sheikh dengan penuh ikram. Sheikh datang ke sini pun bukan untuk mengajar fahaman² beliau dan bijak meraikan mazhab setempat.


Berbeza dengan segelintir pihak yang memang berada di sini tetapi sepanjang masa menyebarkan fahaman² yang bercanggah dengan tetapan pihak berkuasa agama setempat. Tidak cukup itu, telah menjadi habit pula mengajar orang ramai untuk memperlecehkan institusi agama seperti JAKIM, IKIM dan jabatan agama yang berbeza dengan mereka.


Saya teringat kata² al-Marhum Sheikh Dato' Abdul Hamid Tahir kepada saya dahulu, katanya "Ana pernah pesan kepada Dato' Juanda semasa awal² dilantik menjadi mufti di sebuah negeri, kalau nak jadi Wahhabi, contohilah sikap Wahhabi di Saudi. Jangan jadi Wahhabi Malaysia!".


Sebenarnya tidak menjadi isu besar pun dengan Sheikh Maher Hamad Al-Muaiqly. Yang menjadikannya masalah ialah pihak tertentu sahaja yang suka menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat awam.


Melihat kepada sikap masyarakat yang dididik oleh fahaman ASWJ aliran Asya'irah di Malaysia, kenapa perlu khuatirkan RUU Mufti WP yang memasukkan Asya'irah dalam syarat perlantikannya?. Terbukti aliran mubarakah ini bersikap muktadil sepanjang zaman. 


Dr. HK

12.10.2024



RAYUAN SUMBANGAN BANTUAN KOS GUAMAN.





As salamu alaykum, dengan merendah diri aku Aman Muhammad ingin merayu sumbangan kewangan untuk menampung kos guaman kes rayuan di Mahkamah Tinggi.


Aku sangkakan ujian Tuhan ini sudah berakhir, tapi rupa-rupanya tidak. Tuhan masih mahu terus menguji aku.


Sebelum ini, pada 6 September 2024 yang lalu, Mahkamah telah memutuskan bahawa aku tidak bersalah, aku telah dilepaskan dan dibebaskan.


Namun semalam, seorang anggota polis telah datang ke rumah aku dan menyerahkan  satu notis dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa pihak pendakwaraya telah membuat rayuan dan aku perlu hadirkan diri sekali lagi ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk proses ke seterusnya.


Sepanjang 3 tahun sejak 2021 aku terpaksa ulang alik ke Kuala Lumpur, telah memakan kos sehingga puluhan ribu ringgit demi menuntut secebis keadilan.


Apatah lagi kos guaman Mahkamah Tinggi nanti pasti lebih perit dan membebankan.


Aku hanya rakyat biasa, bukan ahli politik ataupun ulamak yang berpendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan.


Aku dituduh dan difitnah sebagai RBA mendapat bayaran dari DAP walhal satu sen pun aku tidak pernah terima. 


Aku pun tidak faham kenapa pendakwaraya bersungguh pula membuat rayuan kes aku ni, aku bukannya ahli politik atau influencer yang mampu menggugat ketenteraman negara.


Jesteru itu, aku merayu  bantuan sumbangan kewangan dari kawan-kawan netizen dan seluruh rakyat Malaysia untuk menampung kos guaman ini.


Untuk kos Mahkamah Tinggi ni, aku dinasihatkan agar bersedia dengan sekurang-kurangnya RM50,000.


Memang satu nilai yang sangat tinggi bagi marhaen seperti aku.


Tempoh perbicaraan pula paling minima setahun, paling lama entah berapa tahun. Terpaksa ulang-alik ke Kuala Lumpur sekali lagi.


Jadi, sekali lagi aku merendah diri merayu bantuan sumbangan kewangan dari semua rakan-rakan netizen dan seluruh rakyat Malaysia.


Semoga setiap bantuan kalian, aku mendoakan semoga Tuhan memudahkan urusan kalian sebagaimana kalian memudahkan urusan aku.


Aku berserah sepenuhnya kepada Tuhan untuk menempuh ujian ini sekali lagi.


Allahul musta'an.


Setiap sumbangan yang diberikan, aku dahului dengan jutaan terima kasih.


164481017727

MAYBANK

WAN MOHD AMAN


P/s: harap rakan-rakan juga sudi bantu dengan share/kongsi status ini.


:)



UMNO BOLEH JADI DOMINAN, TAPI PERANGAI SOMBONG MACAM KP UMNO TIDAK HARUS ADA DALAM UMNO.

 

UMNO DOMINAN, PASTIKAN IA MENJADI KENYATAAN


11 October 2024


 Apa itu UMNO dominan?


Walaupun tempoh diadakan PRU16 ada kira-kira tiga tahun lagi, tetapi suara-suara yang mahu UMNO menjadi dominan semakin kerap kedengaran.


Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan di Malam Tautan Kasih ‘96 pada Rabu lalu turut menyentuh tentang perlunya kedominanan UMNO itu.


Katanya, UMNO perlu menjadi parti yang dominan selepas PRU16 akan datang.


Secara mudah, maksud dominan itu ialah UMNO perlu memenangi lebih banyak kerusi berbanding 26 kerusi Parlimen yang dimilikinya sekarang.


UMNO secara realitinya sedar bahawa kekal bersama dalam kerajaan perpaduan adalah pilihan yang wajar diteruskan kerana untuk BN secara sendirian membentuk kerajaan sudah menjadi sejarah yang sukar untuk diulang kembali.


UMNO/BN pada hakikatnya tiada pilihan lain melainkan perlu terus bekerjasama dengan PH demi memastikan keberadaannya dalam kerajaan kekal berpanjangan.


Tetapi, sesuai dengan kedudukan UMNO itu sebagai parti Melayu yang utama di negara ini, selain majoriti penduduk negara juga adalah Melayu, parti itu tidak harus kekal dengan 26 kerusi Parlimen saja atau kurang daripadanya.


Ia mesti memiliki jumlah kerusi Parlimen yang lebih besar daripada itu selepas PRU16 akan datang.


Dengan memiliki lebih banyak kerusi Parlimen, ia dengan sendirinya akan menjadikan kedudukan UMNO dalam kerajaan perpaduan lebih berkesan lagi.


Sekarang ini banyak pertikaian timbul tentang peranan kerajaan dalam membela dan menjaga kepentingan Melayu berikutan jumlah Ahli Parlimen mewakili kaum itu tidak cukup kuat dan bersepah-sepah dalam pelbagai parti.


PKR tidak boleh dianggap sebagai parti Melayu kerana ia parti pelbagai kaum dan daripada 31 Ahli Parlimen yang dimilikinya sekarang, ia juga termasuk wakil kaum Cina serta India manakala Amanah pula parti yang terlalu kecil untuk bersuara besar berkaitan kepentingan Melayu.


Di dalam PH, parti paling kuat ialah DAP dengan 40 Ahli Parlimen.


Sebab itu, meskipun jika digabungkan UMNO, PKR dan Amanah, suara Melayu daripada ketiga-tiganya masih lagi dikira belum cukup kuat.


Suara Melayu dalam kerajaan perpaduan hanya akan menjadi kuat jika UMNO pada PRU16 akan datang mampu menang lebih banyak kerusi Parlimen, misalnya 40 hingga 45 kerusi.


Kalau dapat lebih besar daripada angka itu lebih baik lagi.


Dengan UMNO memiliki kerusi Parlimen yang lebih besar atau setidak-tidaknya setanding dengan jumlah kerusi DAP, ia juga akan menjadikan orang Melayu lebih gembira berbanding sekarang terhadap kerajaan perpaduan.


Tidak akan timbul lagi sebarang keraguan sebagaimana sekarang di mana kerusi Melayu yang dimiliki pembangkang adalah lebih besar daripada yang berada dalam kerajaan.


Untuk itu, perjuangan menjadikan UMNO dominan harus menjadi tangkal azimat buat seluruh pemimpin dan penggerak parti itu mulai sekarang agar ia benar-benar menjadi kenyataan dalam PRU16 akan datang.


UMNO dominan bukan saja untuk masa depan parti itu dalam kerajaan, tetapi juga untuk memastikan kepentingan Melayu melalui dasar-dasar kerajaan sentiasa terpelihara. – ShahbudinHusin 11Oktober2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/10/11/umno-dominan-pastikan-ia-menjadi-kenyataan.html



HENTI LA CITA CITA NAK JADI PM


Zainuddin Omar 


enyampai Radio Popular ABPBH. 



Khairy Jamaluddin. 


Saya harap KJ tinggalkan dunia politik serta cita-cita menjadi PM dan bekerja sepenuh masa sebagai Penyampai Radio Hot FM.



BUKAN KALAU.. MEMANG KO TAK LAYAK PUN. TAKAT JADI KULI BATAK JA KO.. MELINGKUP KERAJAAN PN SALAH SATU KO LA.. LEMBAP

 

Sebab tu la mangkuk 𝗹𝗼𝘆𝗮𝗿 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 ni tak jadi PM. Dia tak faham makna diplomasi. Dan kepalanya disarangi 𝗶𝗱𝗲𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗿𝗼𝗿𝗶𝘀𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗲𝗸𝘀𝘁𝗿𝗲𝗺𝗶𝘀𝗺.



Memang boleh kau nak buat tak tahu, nak berpaling tunjuk hero. Tapi apa kesannya?


Pertama kepada negara sendiri. Perbuatan itu seperti ajak Amerika Syarikat bermusuh. Bayangkan apa akan jadi kepada 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮?


Apa pula terjadi pada keselamatan negara? Kita bukan 𝗸𝗲𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 untung menghadapi serangan luar termasuk dari China sekiranya ia berlaku.


Kita perlukan sokongan negara kuat. Ini amalan biasa dari zaman 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗺𝗲𝘀𝘄𝗮𝗿𝗮 lagi. Negeri-negeri Melayu biasa 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘂𝗳𝘁𝗶 kepada negara yang kuat.


Kedua, apa pula yang akan terjadi kepada perjuangan pembebasan Palestin. Apakah jika DS Anwar enggan bersalam dengan Setiausaha Negara US akan buatkan mereka 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻?


𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽. Sebaliknya jika kita berdiplomasi, ada ruang untuk kita 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 mahu melihat rakyat Palestin diselamatkan.


DS Anwar dah lakukan. Nyatakan tepat hadapan muka Presiden US 𝗝𝗼𝗲 𝗕𝗶𝗱𝗲𝗻 dan Chancellor German 𝗢𝗹𝗮𝗳 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗹𝘇. DS Anwar tak dapat buat begitu jika Jerman dan US anggap Malaysia sebagai musuh.


Tapi faham la kan. Mahiaddin, Hadi Awang, Hamzah dan pemimpin PN yang lain 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 oleh mana mana pemimpin luar. Jadi mana dia nak faham.


Pemikiran lebai dan walaun selalu ekstrem dan mirip teroris. Mujurlah mereka tak memerintah. Kalau tidak mungkin Malaysia dah jadi 𝘁𝗵𝗲 𝗻𝗲𝘅𝘁 𝗔𝗳𝗴𝗵𝗮𝗻𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻 dah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PENDEDAHAN YANG SIA SIA


MSO


 Dr Mohd Asri Zainal Abidin (DrMaza) menyifatkan wartawan yang menulis dan mendedahkan kes rumah tangga artis dan sebagainya terutama isu perceraian adalah kerja sia sia yang bodoh.



Berita sampah itu sepatutnya tidak dilayan dan ikut disebarkan oleh netizen.


Iya saya sudah lama membenci berita demikian yang sedikit pun tidak memberi faedah.


Sebagai orang pernah berada dalam dunia wartawan atau jadi pelapor hentilah perbuatan sia sia yang sedikitpun tidak membawa manfaat itu.


Dalam hal ini pihak media massa wajar memantau atau sebaiknya tidak menyiarkan langsung berita meloyakan mengenai rumah tangga ini.


Dan kepada mereka yang ada masalah rumah tangga selesailah dengan  cara baik dan  beradab, jangan mendedahkan masalah anda kepada publik. Banyak lagi cara untuk jadi famous  bukan sahaja dengan membuka pintu kamar tidur kita. Trims.



LAGI PELABURAN MASUK.



 Syarikat itu adalah China Machinery Engineering Wuxi Co Ltd; Wuxi Longmax Technology Co Ltd; Gotion High-tech Co. Ltd; Shenzhen Hopewind Electric Corporation Ltd; dan Anhui Huasun Energy Co. Ltd.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Lestra Bhd, Harman Faiz Habib Muhamad berkata syarikat berkenaan akan beroperasi di tanah berkeluasan 16.2 hektar di taman perindustrian berkenaan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



BUKAN PERISAI TAPI UMPAN.


 Ezreen


Saya ni mudah terhibur dengan komen² membina  macamni.





PNDERHAKA

 

Asal derhaka je PN/PAS. Asal biadab dengan Sultan je mesti lebai dan penyakau. Memang puak PAS/PN 𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶 𝗿𝗮𝗷𝗮 ke apa?


J


Jawapan yang diberikan oleh 𝗗𝗬𝗔𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 ni memang tepat sekali. Kalau nak sangat cuti hujung minggu Jumaat Sabtu, pindah je la ke negeri yang masih cuti Jumaat Sabtu.


𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵, 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂. Ketiga-tiga negeri tu 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗔𝗦. Dan yang membangkang titah Tunku Ismail ni pun 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦. Jadi ambil je la dia ni pergi sana.


Bawak sekali 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺 tu. Orang yang tak pandai hormati institusi Kesultanan Johor 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 di Johor. Waima dalam 𝗭𝗼𝗼 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 sekali pun.


Kenyataannya yang mengatakan cuti hujung minggu Sabtu Ahad sebagai ,𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵 sebenarnya 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹. Seolahnya dia nak kata Tunku Ismail dipengaruhi penjajah.


Dasar lebai yang 𝗼𝘁𝗮𝗸, 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝙨𝙮𝙣𝙘𝙝𝙧𝙤𝙣𝙞𝙯𝙚𝙙! Sebab tu selalu mulut dan tangan jalan dulu, baru otak berfungsi. Macam ni punya keadaan, patutlah negeri yang ditadbir lebai semua 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸.


PAS... PAS... Presiden dia dok kata kedudukan Islam terancam, Melayu terancam. Tapi yang 𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 terhadap 𝘁𝗼𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 dan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 tu sentiasa 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗔𝗦.


Satu persatu tembelang dan sikap hipokrasi PAS kini terbongkar. Orang Melayu yang sayangkan Islam dan Melayu 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗷𝗮𝘂𝗵𝗶 𝗣𝗔𝗦. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



CEDERA DILIBAS IKAN

 

MASJID TANAH - Lima anggota Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) cedera dilibas ikan arapaima gergasi ketika operasi tangkapan spesies invasif itu di sini pada Jumaat.



Operasi lebih tujuh jam bermula 9 pagi oleh sepasukan anggota DOF Melaka dengan kerjasama DOF Selangor itu berdepan kesulitan berikutan spesies itu yang bertindak agresif.


Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, lima anggota berusia 35 hingga 59 tahun yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah.


Katanya, dua anggota masing-masing mengalami sesak nafas dan bengkak di lutut akibat terkena libasan kepala ikan arapaima, manakala tiga lagi cedera ringan di lutut dan dada.



Pembelian pesawat Hornet langkah modenkan TUDM - Mohamed Khaled



KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysia membuat perolehan pesawat pejuang F-18 Hornet milik Tentera Udarat Kuwait (KAF) dibuat selaras keperluan perancangan permodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).




[TERKINI] SULTAN NAZRIN “PERANGI GISBH HABIS HABISAN” DAN ASET GISBH DI ...




Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) diperangi habis-habisan kerana ia menyimpang daripada ajaran dan akidah Islam, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Saarani berkata gesaan itu dibuat selepas laporan lengkap yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah diteliti. “Laporan daripada JAIPk itu turut mengenal pasti beberapa kumpulan di Perak yang dikhuatiri terlibat dalam ajaran sesat. Kita tidak akan berdiam diri, sebaliknya, ajaran sesat ini perlu diperangi hingga ke lubang cacing kerana ia melibatkan soal akidah dan agama,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukma dan Para Sukma di sini, malam tadi. Pada 4 Okt lepas, media melaporkan Saarani menyatakan bahawa segala tindakan berkaitan GISBH hanya boleh dilaksanakan setelah laporan mengenai kegiatan syarikat tersebut yang disediakan oleh JAIPk dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.



PAS JOHOR BIADAP KEPUTUSAN ISTANA JOHOR! KENA TAMPARAN HEBAT PEMANGKU SU...


Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mohd Mazri Yahya mendakwa cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad adalah peninggalan penjajah. Beliau selari dengan pendirian Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang tidak bersetuju cuti mingguan di Johor ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad. =============================================================================== Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi menggesa semua pihak berhenti membuat spekulasi, kenyataan dan menjadikan cuti hujung minggu di Johor sebagai bahan politik. Onn Hafiz berkata kerajaan negeri menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas pengumuman penukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad, bermula Januari depan. “Setiap keputusan yang diambil ini adalah yang terbaik untuk negeri dan rakyat Johor secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya. Mengulas lanjut, Onn berkata negeri itu telah menerima nasihat daripada pihak berkuasa agama yang memberi jaminan tiada kompromi terhadap kesucian Islam apabila perubahan itu dilaksanakan tahun depan. ========================================================================== Pemimpin DAP Johor berkata penukaran hari cuti dari Jumaat kepada Ahad tidak akan menghakis keislaman sesebuah negeri. Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bahgarib Ali berkata demikian sebagai membidas PAS Johor yang menyifatkan penukaran hari cuti hujung minggu negeri itu dari Jumaat kepada Ahad bermula tahun depan sebagai mewarisi peninggalan penjajah. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu berkata bukan segala perkara yang ditinggalkan oleh penjajah atau apa-apa juga pengamalan golongan terdahulu sebagai suatu yang tidak baik. "Jika alasan ini diguna pakai, adakah anda akan turut menyatakan bahawa sistem beraja di negara kita sebagai mewarisi peninggalan penjajah juga? "Bagaimana pula dengan amalan sistem demokrasi dan pilihan raya? Bagaimana dengan sistem parlimen? Tidakkah ini semua diwarisi penjajah?